Peminjaman Staf
Peminjaman atau pertukaran sementara adalah merupakan salah satu daripada  kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah  agensi  untuk mendapatkan  perkhidmatan  pegawai  yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa  dan  bersesuaian  dengan  keperluan  agensi  berkenaan. Ia  juga  merupakan  langkah  jangka  pendek  untuk membantu  sesebuah  agensi, terutamanya agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing­masing. Pertukaran  tetap  pula  ialah  kaedah  pelantikan  secara  tetap  pegawai  yang sedang  dipinjam/ ditukar sementara ke jawatan yang disandang di agensi peminjam.

PRINSIP PEMINJAMAN 

Prinsip yang diguna pakai dan menjadi asas untuk menimbangkan peminjaman  seseorang pegawai ialah: 

(a)  peminjaman perlu dipersetujui oleh ketiga­tiga pihak yang terbabit, iaitu  agensi pembekal, agensi peminjam dan pegawai; 

(b)  peminjaman di antara agensi awam: 

(i)  hendaklah  ke  gred  jawatan yang sama  atau setaraf  atau gred  jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki pegawai; 

(ii)  bagi jawatan  terbuka, jika  pelantikan  dibuat secara  peminjaman  ianya  hendaklah  menggunakan  skim perkhidmatan  hakiki  pegawai; dan 

(iii)  bagi  jawatan  yang telah  ditetapkan  skim perkhidmatannya, kekosongan  jawatan hendaklah  diisi  oleh  pegawai dalam skim  perkhidmatan  tersebut. Sekiranya  tiada  pegawai  dalam skim  perkhidmatan  berkenaan  yang  layak untuk mengisi kekosongan  jawatan tersebut, pengisian boleh dibuat secara peminjaman oleh  pegawai daripada skim perkhidmatan yang lain. Pengisian secara  peminjaman  ini  hendaklah  menggunakan  skim  perkhidmatan  jawatan pinjaman.

(c)  peminjaman  ke  gred  jawatan  yang lebih rendah  daripada  gred  jawatan  hakiki pegawai tidak dibenarkan; 

(d)  pegawai akan  ditawarkan  syarat peminjaman  yang  mana secara  pakejnya tidak  kurang baik (no less  favourable)  berbanding  dengan  jawatan  hakiki khususnya dari  segi  gaji, elaun  dan kemudahan. Kemudahan  dalam  konteks ini  merujuk kepada kemudahan cuti, kediaman, perubatan  dan  kemudahan  lain yang  bersesuaian  dengan  bidang tugas jawatan pinjaman; 

(e)  tempoh peminjaman pertama yang boleh diluluskan adalah sehingga tiga  (3)  tahun. Tempoh  keseluruhannya  tidak digalakkan  melebihi lima (5)  tahun untuk memastikan sesuatu peminjaman itu tidak berpanjangan.

(f)  pegawai  yang memenuhi  syarat  peminjaman seperti  yang ditetapkan  dalam Pekeliling    Perkhidmatan ini boleh diselaraskan gaji dengan diberi  insentif : 

(i)  tiga (3) Pergerakan Gaji Biasa di jawatan hakiki bagi peminjaman  ke gred jawatan yang sama atau setaraf; atau 

(ii)  dua (2) Pergerakan Gaji Biasa di jawatan hakiki bagi peminjaman  ke gred jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki.

(g)  setelah ditetapkan jumlah gaji yang boleh diselaraskan mengikut prinsip  di  perenggan 

(f), gaji  permulaan  yang boleh  ditawarkan  hendaklah  ditetapkan  pada  matagaji  yang sama  atau  tertinggi  berhampiran  di  jawatan pinjaman

 

(Dilawati 843 kali, 1 lawatan hari ini)