+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

8 Julai 2015 (Rabu) – Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar anjuran Kelab HCM telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran peringkat HCM. Seramai 60 pegawai dan staf HCM telah menyertai majlis Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Program ini merupakan salah satu program Ihya’ Ramadhan HCM yang diadakan saban tahun dan adalah acara kemuncak kepada program tersebut.

Majlis dimulakan dengan acara membaca Al-Quran dan doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh saudara Mohamad Hafiz bin Ismail. Kehadiran Timbalan Pendaftar Kanan HCM, Pn. Hjh Siti Hawa binti Man menjadikan Majlis Khatam Al-Quran lebih bermakna.

Para peserta Tadarus turut menerima sumbangan dan cenderahati berbentuk bunga pahar dan pulut kuning. Timbalan Pendaftar Kanan dalam ucapannya turut mengingatkan semua warga HCM agar sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan sepanjang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

 

 

(Dilawati 121 kali, 1 lawatan hari ini)