+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

SENARAI ELAUN YANG BERKUATKUASA

Elaun atau Imbuhan Tetap yang sedang berkuatkuasa berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2019

IMBUHAN TETAP

Imbuhan Tetap merupakan bayaran yang setiap bulan diberi kepada anggota yang layak seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama. Pekeliling yang dirujuk adalah berbeza mengikut jenis imbuhan.

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)

Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah merupakan usaha Kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup penjawat awam. Kadar ITP adalah di antara RM300 hingga RM2,000 mengikut kumpulan gred seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2015.

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (ITKA)

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) ialah  elaun yang diberi oleh Kerajaan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup pegawai awam. Elaun ini dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 dan setaraf serta Kumpulan Pelaksana termasuklah pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak.

IMBUHAN TETAP JAWATAN UTAMA DAN GRED KHAS

IImbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas (ITJU) ialah elaun yang diberi oleh Kerajaan kepada pegawai yang terlibat sebagai imbuhan galakan. Elaun ini dibayar kepada pegawai dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Penentuan Jawatan-jawatan Utama ialah untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti kepimpinan pengurusan dalam sektor awam. Jawatan-jawatan Gred Khas pula ditentu berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman penyandangnya.

IMBUHAN TETAP KERAIAN (ITK)

Imbuhan Tetap Keraian (ITK) adalah elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai- pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam.

Elaun ini dibayar kepada semua pegawai perkhidmatan awam gred 43 dan keatas (gred 43-54 ; Kumpulan Pengurusan dan Profesional) serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

 

(Dilawati 20,501 kali, 43 lawatan hari ini)