+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

ANUGERAH PENTADBIR HARAPAN UTM 2023

LATAR BELAKANG ANUGERAH

Anugerah Pentadbir Harapan (APH) adalah anugerah yang diwujudkan oleh Universiti bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (PPP) Gred 41 hingga 44 yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan, pelaksanaan dan peningkatan bidang Pengurusan dan Pentadbiran  (P&P).

KATEGORI ANUGERAH : INDIVIDU

KRITERIA/SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pencalonan terbuka kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (PPP) Gred 41 hingga 44 yang sedang berkhidmat pada tahun dinilai merangkumi semua kumpulan perkhidmatan yang sedia ada di Universiti.
  2. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sekurang-kurangnya sekali (1) dalam perkhidmatan.
  3. Bebas daripada dikenakan tindakan tatatertib dan surcaj dalam tempoh 5 tahun terakhir.
  4. Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di UTM.
  5. Purata markah LNPT untuk 5 tahun tidak kurang daripada 90%.
  6. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  7. Tiada Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  8. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
  9. Pencalonan boleh dibuat oleh:
     – Ketua Jabatan
     – mana-mana pihak
     – rakan-rakan
     – diri sendiri
  10. Calon perlu mengisi Maklumat Peribadi (Bahagian A, B dan C) di Borang Permohonan Anugerah Pentadbir Harapan 2023. Calon yang memenuhi kriteria/syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dijemput untuk mengisi maklumat di dalam sistem dalam talian (Tagyard).

KAEDAH PENILAIAN

  • Pada peringkat pertama, calon akan diminta untuk mengisi maklumat di dalam sistem dalam talian (Tagyard) yang akan dinilai oleh Panel Penilai.
  • Calon akan dinilai secara 360 Darjah oleh Pegawai Penyelia, Rakan Sekerja/Sebaya, dan Pegawai Seliaan/Bawahan.
  • Calon yang berjaya melepasi markah ambang yang ditetapkan akan ke peringkat kedua untuk ditemubual.

NILAI ANUGERAH : Nilai anugerah berupa wang tunai RM1,000.00, trofi dan sijil

TEMPOH PENCALONAN: 27 MAC 2024 (RABU) – 18 APRIL 2024 (KHAMIS)   
TEMPOH PENGISIAN MAKLUMAT CALON DI SISTEM TAGYARD: 21 APRIL 2024 (AHAD) – 9 MEI 2024 (KHAMIS)
*Sesi penerangan dan bimbingan pengisian maklumat kompetensi dalam sistem Tagyard akan diadakan semasa tempoh pengisian. Tarikh sesi ini akan dimaklumkan oleh urus setia.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
1. Encik Ganesan A/L Andimuthu (No. Tel.: 07-5530473 / Email: ganesan@utm.my)
2. Puan Siti Nazila binti Zainal (No. Tel.: 07-5530423 / Email: snazila@utm.my)

Sila klik pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Anugerah Pentadbir Harapan 2023:-

Segala kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Prof./Prof Madya/Dr./Saudara/Tuan/Puan bagi pengisian pencalonan Anugerah Pentadbir Harapan UTM 2023 amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

(Dilawati 1,678 kali, 4 lawatan hari ini)