+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

MAJLIS SANJUNGAN BUDI

ANUGERAH JASA BAKTI (AJB), ANUGERAH JASA SETIA (AJS), ANUGERAH DELIMA (AD), ANUGERAH JASA ABADI (AJA)

SYARAT PENGANUGERAHAN

 ANUGERAH JASA ABADI (AJA)

  1. Staf hendaklah terdiri daripada pesara/bakal pesara wajib, pilihan atau atas sebab kesihatan (ASK) dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun penganugerahan;
  2. Staf yang bersara dan genap perkhidmatan 20/30/40 tahun pada tahun persaraannya (sebelum kuat kuasa tarikh persaraan) adalah juga layak diberi Anugerah Jasa Bakti (AJB) atau Anugerah Jasa Setia (AJS) atau Anugerah Delima (AD) dalam masa yang sama.

SYARAT PENGANUGERAHAN

ANUGERAH JASA BAKTI (AJB), ANUGERAH JASA SETIA (AJS) DAN ANUGERAH DELIMA (AD) 

  1. Staf mesti berstatus TETAP dan telah berkhidmat genap 20/30/40 tahun atau lebih pada 31 Disember sebelum tahun penganugerahan di Universiti Teknologi Malaysia;
  2. Staf yang telah mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG), hendaklah menggantikan tempoh cuti tersebut mengikut bilangan hari cuti yang telah diambil untuk menggenapkan kiraan tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun bermula tarikh mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia. Syarat ini tidak terpakai bagi staf yang Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  3. Staf hendaklah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib. Staf yang pernah dikenakan sebarang hukuman tatatertib sepanjang perkhidmatan di Universiti Teknologi Malaysia, kelayakan diambilkira selepas tiga (3) tahun bagi kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20/30/40 tahun;
  4. Staf yang telah genap tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun pada tahun persaraan akan diberikan penganugerahan pada tahun yang sama;
  5. Staf mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan;
  6. Staf hanya layak menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB)/Anugerah Jasa Setia (AJS)/ Anugerah Delima (AD) sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan;
  7. Staf menerima tawaran Universiti untuk dianugerahkan AJB/AJS/AD

 

Nota :

AJB     : Perkhidmatan genap 20 tahun

AJS     : Perkhidmatan genap 30 tahun

AD       : Perkhidmatan genap 40 tahun

SYARAT DAN KETERANGAN ANUGERAH JASA ABADI (AJA)

BIL

SYARAT

KETERANGAN/CATATAN

1.      

Staf hendaklah terdiri daripada pesara/bakal pesara wajib, pilihan atau atas sebab kesihatan (ASK) dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun penganugerahan;

 

i.      Menghargai pesara UTM.

ii.     Staf yang meninggal dunia tidak dianugerahkan. Waris akan menerima khairat kematian.

iii.   Contoh Majlis Sanjungan Budi pada 20 November 2020 (MSB 2020):

Tarikh persaraan 1 Januari hingga 31 Disember 2020 layak menerima anugerah pada MSB 2020.

2.      

Staf yang bersara dan genap perkhidmatan 20/30/40 tahun pada tahun persaraannya (sebelum kuat kuasa tarikh persaraan) adalah juga layak diberi Anugerah Jasa Bakti (AJB) atau Anugerah Jasa Setia (AJS) atau Anugerah Delima (AD) dalam masa yang sama.

 

Staf yang menerima AJA adalah layak menerima anugerah AJB/AJS/AD dalam tahun yang sama sekiranya perkhidmatannya genap mengikut tempoh yang melayakkan, bagi menghargai sumbangan dan kesetiaan staf selama 20/30/40 tahun pada tahun terakhir perkhidmatannya bersama Universiti.

 

SYARAT DAN KETERANGAN ANUGERAH JASA BAKTI (AJB), ANUGERAH JASA SETIA (AJS) DAN ANUGERAH DELIMA (AD)

BIL

SYARAT

KETERANGAN/CATATAN

1.      

Staf mesti berstatus TETAP dan telah berkhidmat genap 20/30/40 tahun atau lebih pada 31 Disember sebelum tahun penganugerahan di Universiti Teknologi Malaysia;

 

i.     Tempoh perkhidmatan sebagai staf kontrak tidak dikira kerana telah menerima insentif dalam bentuk ganjaran kontrak (gratuity). Manakala staf sementara akan menerima penetapan gaji berdasarkan tempoh perkhidmatan sementara sekiranya dilantik tetap.

ii.    Anugerah akan diberikan kepada staf dalam Majlis Sanjungan Budi yang diadakan pada tahun berikutnya selepas genap 20/30/40 tahun berkhidmat.

iii.  Terpakai bagi staf yang dipinjamkan ke agensi luar untuk menghargai sumbangan perkhidmatan staf dan perkhidmatan tersebut juga diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan.

Contoh Majlis Sanjungan Budi pada 20 November 2020 (MSB 2020):

a)     Tarikh genap perkhidmatan 20 tahun pada 1 Januari 2019 akan dianugerahkan pada MSB 2020.

b)     Tarikh genap perkhidmatan 30 atau 40 tahun pada 20 Ogos 2019 akan dianugerahkan pada MSB 2020.

2.      

Staf yang telah mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG), hendaklah menggantikan tempoh cuti tersebut mengikut bilangan hari cuti yang telah diambil untuk menggenapkan kiraan tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun bermula tarikh mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia. Syarat ini tidak terpakai bagi Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);

 

Memastikan staf mendapat penghargaan selaras dengan tempoh sumbangan perkhidmatannya di Universiti.

Contoh 1:

Tarikh lantikan staf A adalah pada 1 Januari 1999, tetapi telah mengambil cuti tanpa gaji (CTG) pada tahun 2000 selama 6 bulan. Berdasarkan bilangan tahun, staf sepatutnya layak untuk menerima AJB pada 2019. Mengambilkira tempoh CTG, staf adalah layak menerima AJB pada tahun 2020. CTG yang telah diambil menyebabkan tempoh perkhidmatan staf telah dianjak ke tahun berikutnya.

Contoh 2:

Tarikh lantikan staf B adalah pada 1 Februari 1989, tetapi telah mengambil cuti tanpa gaji (CTG) pada tahun 2000 selama 6 bulan dan pada tahun 2007 mengambil CTG kali kedua selama 1 tahun. Berdasarkan bilangan tahun, staf sepatutnya layak untuk menerima AJS pada 2020. Mengambilkira tempoh CTG pada tahun 2000 dan 2007 selama 1 tahun 6 bulan, staf adalah layak menerima AJS pada tahun 2022. CTG yang telah diambil menyebabkan tempoh perkhidmatan staf telah dianjak ke tahun berikutnya.

3.      

Staf hendaklah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib. Staf yang pernah dikenakan sebarang hukuman tatatertib sepanjang perkhidmatan di Universiti Teknologi Malaysia, kelayakan diambilkira selepas tiga (3) tahun bagi kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20/30/40 tahun;

 

Surat amaran pentadbiran tidak dikira, hanya hukuman melibatkan tatatertib dari Jawatankuasa Tatatertib sahaja yang diambil kira dalam syarat ini.

Contoh:

Tarikh tindakan tatatertib staf C adalah pada 1 Februari 2019, dimana tahun perkhidmatannya genap 20 tahun. Staf layak menerima AJB pada tahun 2023.

4.      

Staf yang telah genap tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun pada tahun persaraan akan diberikan penganugerahan pada tahun yang sama;

Staf yang menerima AJA adalah layak menerima anugerah AJB/AJS/AD dalam tahun yang sama sekiranya perkhidmatannya genap mengikut tempoh yang melayakkan, bagi menghargai sumbangan dan kesetiaan staf selama 20/30/40 tahun pada tahun terakhir perkhidmatannya bersama Universiti.

5.      

Staf mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan;

Staf yang akan menerima anugerah perlu diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

6.      

Staf hanya layak menerima AJB/AJS/AD   sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan.

Staf perlu memaklumkan sekiranya pernah menerima anugerah yang sama dan bertanggungjawab memulangkan semula anugerah jika pernah menerimanya sebelum ini. 

7.      

Staf menerima tawaran Universiti untuk dianugerahkan AJB/ AJS/ AD.

Sekiranya staf berhasrat untuk tidak menerima anugerah yang ditawarkan, staf perlu memaklumkan kepada pihak urus setia (Jabatan Pendaftar) secara bertulis untuk tujuan rekod.

 

 

Senarai Staf Mengikut Kod PTJ

 

 

 

(Dilawati 1,070 kali, 1 lawatan hari ini)