- Memastikan 85% pengisian jawatan dilaksanakan berdasarkan waran dan kekosongan jawatan semasa.
- Memastikan 95% kenaikan pangkat staf dapat dilaksanakan dalam tahun semasa.
- Memastikan urusan perkhidmatan personel berjaya diselesaikan tertakluk kepada proses kerja berikut:
- Surat pengesahan dalam jawatan dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas menerima minit mesyuarat yang telah diperakukan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti;
- Maklumat asas bakal pesara di‘input’/dihantar dalam tempoh dua (2) tahun dan dokumen kedua persaraan wajib di ‘input’/dihantar tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA;
- Permohonan persaraan pilihan di‘input’/dihantar tiga (3) bulan sebelum tarikh kuatkuasa persaraan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA;
- Mengeluarkan keputusan peperiksaan perkhidmatan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas pengesahan Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan.
- Memastikan 95% polisi dan pekeliling perkhidmatan diangkat untuk kelulusan universiti.
- Memberi maklumbalas akuan penerimaan surat dalam masa satu hari bekerja.
- Menyediakan fakta kes rayuan dalam tempoh empat belas hari (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan kes.
- Indeks kepuasan pelanggan Bahagian adalah 80%.
(Dilawati 518 kali, 1 lawatan hari ini)