ANUGERAH PENTADBIR HARAPAN UTM 2025

LATAR BELAKANG ANUGERAH

Anugerah Pentadbir Harapan (APH) mula diperkenalkan pada tahun 2024 di samping Anugerah Pentadbir sedia ada. Anugerah ini adalah memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf kumpulan Pengurusan dan Profesional yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberikan sumbangan yang besar sepanjang kerjaya mereka. Anugerah ini menyasarkan pentadbir muda Gred 9 hingga Gred 10 yang sedang berkhidmat pada tahun dinilai merangkumi semua kumpulan perkhidmatan di Universiti.

Anugerah Pentadbir Harapan ini menyasarkan pencalonan dalam kalangan pentadbir muda. Calon yang berjaya juga boleh digilap dan seterusnya diiktiraf di peringkat Anugerah Pentadbir pada masa hadapan.

KATEGORI ANUGERAH : Individu

KRITERIA/SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pencalonan terbuka kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (PPP) Gred 9 hingga 10 yang sedang berkhidmat pada tahun dinilai merangkumi semua kumpulan perkhidmatan sedia ada di Universiti.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sekurang-kurangnya sekali (1) dalam perkhidmatan sama ada di peringkat Fakulti/PTJ atau Universiti.
  4. Bebas daripada dikenakan tindakan tatatertib dan surcaj dalam tempoh 5 tahun terakhir.
  5. Purata markah LNPT selama 5 tahun tidak kurang daripada 90%, dengan markah minimum sebanyak 85% bagi setiap tahun.
  6. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  7. Tiada Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  8. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
  9. Pencalonan boleh dibuat oleh:
    – Ketua Jabatan
    – Mana-mana pihak/ Rakan-rakan
    – Diri sendiri
    – Jawatankuasa Anugerah Pentadbir
  10. Calon perlu mengisi Maklumat Peribadi (Bahagian A, B dan C) di Borang Permohonan Anugerah Pentadbir Harapan 2025. 

KAEDAH PENILAIAN

  • Penilaian calon akan dilaksanakan melalui dua (2) peringkat di mana penilaian adalah berdasarkan kompetensi.
  • Pada Peringkat Pertama, calon yang menghantar pencalonan akan disaring berdasarkan kriteria dan syarat permohonan. Seterusnya calon yang memenuhi kriteria dan syarat permohonan akan dinilai secara 360 Darjah oleh Pegawai Penyelia (Supervisor/Superior), Rakan Sekerja/Sebaya (Peers) dan Pegawai Seliaan/Bawahan (Subordinates).
  • Manakala untuk Peringkat Kedua, calon akan dinilai menggunakan kaedah Behaviour Event Interview (BEI) yang juga mempunyai tiga (3) komponen utama dan dua (2) tambahan komponen sebagai pilihan.

NILAI ANUGERAH : Nilai anugerah berupa wang tunai RM1,000.00, trofi dan sijil

TEMPOH PENCALONAN: 13 MAC 2026 (JUMAAT) – 21 APRIL 2024 (SELASA)   

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

  1. Puan Hamidah binti Mat Arif (No. Tel.: 07-5335438 / Email: hamidah-ma@utm.my))
  2. Puan Rohaniza binti Samingan (No. Tel.: 07-5333403 / Email: rohaniza@utm.my)
  3. Puan Siti Nazila binti Zainal (No. Tel.: 07-5333403 / Email: snazila@utm.my)

Sila klik pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Anugerah Pentadbir Harapan 2025:-

Segala kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Prof./Prof Madya/Dr./Saudara/Tuan/Puan bagi pengisian pencalonan Anugerah Pentadbir Harapan UTM 2025 amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

(Dilawati 181 kali, 1 lawatan hari ini)
UTM Open Day