Ayat ROC/ BRP

Senarai ayat ini perlu digunakan untuk catatan pada ROC atau BRP. Ayat ini adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2008. Namun bagi proses yang tidak dinyatakan dalam Pekeliling, ayat ROC yang dijana adalah mengikut kesesuaian. Bagi ayat yang dinyatakan, PSM perlu ubah ayat dengan font merah berdasarkan surat kelulusan.
Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Diluluskan pengesahan dalam perkhidmatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19 mulai 1 Januari 2021 dan membuat pemilihan skim Pencen/KWSP

Pelanjutan Perkhidmatan

Diluluskan Pelanjutan tempoh percubaan kali pertama / kali kedua tanpa denda/berdenda bagi tempoh setahun mulai ……… (nyatakan)

Pemberian Taraf Berpencen

Diluluskan Pemberian Taraf Berpencen mulai 1 Januari 2021.

Kenaikan Pangkat

Diluluskan kenaikan pangkat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Kumpulan Pelaksana (JPKP) Gred 1-38 sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Gred N22 mulai 1 Januari 2021

Catatan: Bulan Pergerakan Gaji adalah kekal/berubah dari bulan Julai kepada bulan Januari

Penanggungan Kerja

Diluluskan penanggungan kerja jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan dibayar Elaun Penanggungan Kerja mengikut kadar di Perenggan 11 Pekeliling Perkhidmatan Bil.17/2007 mulai 1.11.2007 hingga ………….

Pengiraan:

RM1352.00 x 25% x 1 bulan = RM338.00

Pertukaran Staf

Bertukar dari Jabatan Pendaftar ke Jabatan Canseleri mulai 1 Januari 2021.

 

Nota: Bagi staf yang bertukar jabatan dan bertugas skop kerja, pastikan elaun yang diterima berdasarkan tugasan yang dijalankan seperti Bayaran Insentif Tugas Kewangan dihentikan jika tidak berkaitan dengan tugasan baru.

Hadiah Pergerakan Gaji (HPG)

Diluluskan Hadiah Pergerakan Gaji Bagi Anggota dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan layak mendapat dua (2) / tiga (3) hadiah pergerakan gaji dalam gred gaji Pegawai Penyelidik Gred Q41 kerana telah lulus Sarjana / PhD dari RM 3197.44 kepada RM 3647.44 mulai 5 Oktober 2020.

Catatan : 1. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) adalah berubah dari RM159.87 kepada RM182.37 (Jika Berkaitan) 2. Bulan Pergerakan Gaji adalah kekal/berubah dari bulan Julai kepada bulan Januari

Cuti Belajar Bergaji Penuh

Diluluskan cuti belajar bergaji penuh dan biasiswa dalam negara/luar negara di peringkat Ijazah Sarjana selama 1 tahun mulai 18 Oktober 2020 hingga 17 Oktober 2021.

Catatan: (Jika Berkaitan)

1. Cuti Belajar di luar negara, bayaran bantuan sara hidup dan elaun kritikal adalah dihentikan.

2. Cuti Belajar di dalam negara, elaun kritikal adalah dihentikan

Pelanjutan Cuti Belajar

Diluluskan pelanjutan cuti belajar bergaji penuh dan tanpa biasiswa kali pertama (rujuk status pada surat kelulusan pelanjutan) selama 6 bulan mulai 18 Oktober 2020 hingga 17 Mac 2021.

Catatan: (Jika Berkaitan)

1. Bayaran elaun kritikal adalah dihentikan sepanjang tempoh pelanjutan.

Cuti Sabatikal/ Latihan Ikhtisas/ Latihan Pasca Kedoktoran/ Skim Galakan Keusahawanan/ CEO@Faculty

Diluluskan Cuti Sabatikal/ Latihan Ikhtisas/ Latihan Pasca Kedoktoran/ Skim Galakan Keusahawanan/ CEO@Faculty bergaji penuh selama ……… mulai …………… hingga ……………..

Catatan: (Jika Berkaitan)

1. Bayaran elaun kritikal / insentif khas/ elaun khas pentadbiran adalah dihentikan sepanjang tempoh cuti

2. Bantuan sara hidup adalah berdasarkan penempatan semasa staf menjalani latihan.

Pergerakan Gaji Tahunan

Diberi pergerakan gaji biasa dari RM1,352.00 kepada RM1,452.00 mulai 1 Januari 2021.

TPG: 1 Januari

ATAU

Diberi pergerakan gaji biasa dari RM1,352.00 kepada RM1,452.00 dan perubahan kadar elaun kritikal/BIW dari RM….. kepada RM….. mulai 1 Januari 2021

TPG: 1 Januari

ATAU

Diberi pergerakan gaji mengikut kadar tetap 3% kerana telah mencapai gaji maksimum dari RM1,352.00 kepada RM1,452.00 mulai 1 Januari 2021.

TPG: 1 Januari

Perubahan Skim Perkhidmatan - Pertukaran Pelantikan

Bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan dari Skim Perkhidmatan …….. ke Skim Perkhidmatan ……….. di bawah klasifikasi ……….. berdasarkan Surat Kelulusan Perjawatan Bil. ….. Tahun …… bertarikh ………. dengan menerima gaji sebanyak RM….. sebulan atas gred …… berkuat kuasa mulai ………..

TPG asal : 1 April

TPG baru: 1 Januari

(Dilawati 466 kali, 1 lawatan hari ini)