Anugerah Khidmat Masyarakat

KRITERIA ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT

>> [ Borang Pencalonan ] <<

OBJEKTIF

  1. Memberi pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat;
  2. Memberi galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat;
  3. Memberi motivasi dan sebagai contoh ikutan kepada staf Pejabat Pendaftar yang lain.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua staf Pejabat Pendaftar.
  2. Pencalonan.
    i.   Staf boleh mencalonkan diri sendiri dan staf lain.
    ii.  Pencalonan hendaklah menggunakan Borang Pencalonan yang boleh dimuat turun melalui link di atas.
    iii.    Tahun penilaian 2014

KRITERIA PEMILIHAN CALON

Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek berikut :

  1. Jumlah dan jenis khidmat masyarakat (khidmat kepada masyarakat dalam dan luar organisasi) pada tahun penilaian.
  2. Usaha yang dijalankan untuk penglibatan.
  3. Impak positif penglibatan kepada masyarakat dan organisasi.
  4. Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dalam dan luar organisasi.
  5. Keistimewaan dan kelebihan khidmat yang diberikan.
  6. Sumbangan khidmat masyarakat kepada Pejabat Pendaftar akan diberi keutamaan

 

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 Oktober 2015

HADIAH
Pemenang
– Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

Penghargaan (2 Individu)
– Sijil Penghargaan

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Khidmat Masyarakat 2014
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Pejabat Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Puan Hanifah binti Ahmad)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Puan Hanifah binti Ahmad – samb. 30409/30416
Puan Haliza binti Abdul Hamid – samb. 37682

Majlis Anugerah Permata Gemilang 2015