Anugerah Kecemerlangan Staf

OBJEKTIF

  • Anugerah Kecemerlangan Staf Pejabat Pendaftar ini merupakan penghargaan Pejabat Pendaftar kepada staf yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi tempoh 3 tahun berturut-turut di Pejabat Pendaftar khususnya dan Universiti Amnya.
  • Perkhidmatan yang diberikan boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang mengerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha staf yang lain.

KRITERIA

  1. Berkhidmat di Pejabat Pendaftar sekurang-kurangnya 3 tahun pada 31 Disember 2014 (bermula pada tahun 2011).
  2. Memperolehi markah penilaian prestasi 85% ke atas selama 3 tahun berturut-turut (2012, 2013 dan 2014).
  3. Bilangan 20% daripada jumlah staf di Bahagian masing-masing (Pejabat Pendaftar).

HADIAH
Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

PENCALONAN
Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan adalah pada 15 Oktober 2015

KETERANGAN LANJUT
Urusetia Anugerah Kecemerlangan Staf 2014
Bahagian Pengurusan Modal Insan
Pejabat Pendaftar
(u/p: Puan Siti Hawa binti Man) – 30297
Urus Setia: Encik Azri bin Hohad – 30473

Majlis Anugerah Permata Gemilang 2015