Objektif Kualiti
PENETAPAN OQ 2026
BAHAGIAN PUSAT PENGURUSAN DATA UNIVERSITI
PPDU komited melaksanakan Objektif Kualiti (OQ) tahun 2026 dengan mengekalkan tahap pencapaian tinggi dalam aspek pengurusan data dan kualiti maklumat universiti. Penetapan OQ ini dibuat berasaskan pencapaian tahun sebelumnya dengan sasaran realistik yang menekankan keberkesanan proses permohonan data, ketepatan rekod HRMIS, serta pencapaian Outcome Based Budgeting (OBB). Fokus utama turut diberikan kepada pemantapan kualiti data dan pematuhan piawaian universiti, sekali gus mencerminkan usaha berterusan PPDU dalam memperkukuh tadbir urus data universiti secara menyeluruh.
| No. | Proses Perniagaan (PPDU) | Penyataan OQ (Formula V.A.T.S) | Sasaran 2026 |
|---|---|---|---|
| 1. | Permohonan Data | Memastikan 80% data dapat dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. (kecuali bagi data sukar) | 80% |
| 2. | Kualiti Data | Memastikan 100% data universiti adalah berkualiti untuk data-data yang di audit melalui dashboard semakan kualiti data (data pelajar, staf, penyelidikan, akademik - yang ada dalam sistem) | 100% |
| 3. | HRMIS | Memastikan sekurang-kurangnya 95% rekod profil perkhidmatan dan maklumat peribadi staf adalah tepat dan dikemaskini bagi setiap tahun penilaian. | 95% |
| 4. | Outcome Based Budgeting (OBB) | Memastikan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Outcome Based Budgeting (OBB) berada pada tahap 100% dalam tempoh penilaian tahun semasa | 100% |