+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my
Select Page

Anugerah Dipertandingkan

Anugerah Kecemerlangan Staf

Anugerah yang diberikan kepada seseorang staf bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Anugerah Sukan

Anugerah yang diberi bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan sesorang staf ( individu ) yang telah mengharumkan nama Pejabat Pendaftar dalam bidang sukan mewakili Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, peringkat IPTA, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Anugerah Khidmat Masyarakat

Memberi pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat serta galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Anugerah yang diberi kepada sekumpulan staf bagi menghargai dan mengikitiraf penglibatan Kumpulan tersebut dalam usaha untuk menambahbaik proses kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan sekaligus mengharumkan nama Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

Anugerah Penerbitan

Pengiktirafan kepada Individu atau kumpulan yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi sumbangan kepada bidang ilmu.

Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan

Anugerah yang diberikan kepada bahagian di Pejabat Pendaftar yang mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Anugerah Inovasi

Pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftar kepada staf yang menyumbangkan idea inovasi kepada Jabatan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada bahagian yang telah berusaha membudayakan 5S secara berterusan dan menjadikan amalan 5S sebagai faktor dalam meningkatkan kualiti dan urus tadbir yang baik dan cemerlang.