Khidmat Masyarakat

KRITERIA ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT

>> [ Borang Pencalonan ] <<

TUJUAN

  • Garis panduan ini disediakan bagi tujuan memberi panduan berkenaan tatacara penyertaan dan pemilihan Anugerah Khidmat Masyarakat yang ditawarkan di dalam Majlis Penghargaan Staf Pejabat Pendaftar.
  • PENGENALAN
    • Majlis Penghargaan Staf Pejabat Pendaftar merupakan majlis penghargaan staf yang diadakan setiap tahun bermula tahun 2011.
    • Ianya diadakan bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan staf Pejabat Pendaftar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
    • Melalui majlis ini, Anugerah Khidmat Masyarakat merupakan salah satu antara anugerah yang ditawarkan. Objektif anugerah ini diadakan adalah:
      • Memberi pengiktirafan kepadastaf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat;
      • Memberi galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat;
      • Memberi motivasi dan sebagai contoh ikutan kepada staf Pejabat Pendaftar yang lain.

TATACARA PENYERTAAN

  • Cara penyertaan:
    • Setiap staf Pejabat Pendaftar adalah dipelawa untuk menyertai Anugerah Khidmat Masyarakat dengan mengemukakan kepada Urusetia:
      • Borang Penyertaan Anugerah Khidmat Masyarakat (Lampiran 1-Borang Pencalonan Anugerah Khidmat Masyarakat) yang telah lengkap diisi;
      • Dokumen sokongan/bahan bukti bagi setiap perkara/elemen yang dinyatakan (Dokumen sokongan/bahan bukti hendaklah disusun mengikut turutan dengan kemas)
      • Setiap penyertaan hendaklah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
  • Pencalonan hendaklah dihantar kepada Urussetia pada atau sebelum jam 12:00 tengahari pada 29 Oktober 2014
  • Urusetia berhak menolak mana-mana pencalonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan.

KRITERIA PEMILIHAN CALON

  • Penilaian dilaksanakan berdasarkan kepada aspek:
    • Jumlah dan jenis khidmat masyarakat (khidmat kepada masyarakat dalam dan luar organisasi) pada tahun penilaian;
    • Usaha yang dijalanakan untuk penglibatan;
    • Impak positif penglibatan kepada masyarakat dan organisasi;
    • Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dan organisasi;
    • Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dalam dan luar organisasi;
    • Keistimewaan dan kelebihan khidmat yang diberikan.

PROSES PENILAIAN

  • Proses penilaian dibuat melalui kaedah penilaian oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Khidmat Masyarakat dengan persetujuan Jawatankuasa Eksekutif Pejabat Pendaftar.
  • Panel penilai bertanggungjawab:
    • Menyemak dan menyenarai pendek permohonan;
    • Menilai dokumen dan bahan bukti penyertaan yang dikemukakan;
    • Membuat senarai pendek cadangan pemenang dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Khidmat Masyarakat;
    • Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Khidmat Masyarakat akan mendapatkan perakuan Jawatankusa Eksekutif Pejabat Pendaftar pemenang anugerah.

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Individu
    • Pemenang
      Cenderamata & Sijil Penyertaan
    • Penghargaan (2 Hadiah)
      Cenderamata & Sijil Penyertaan

KETERANGAN LANJUT

Urus Setia Anugerah Khidmat Masyarakat 2014
Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD)
Pejabat Pendaftar
(Encik Ismaal bin Samat)

Majlis Anugerah Pejabat Pendaftar 2014