IT Buddy, Jabatan Pendaftar UTM

Panduan Mudah Penyelesaian Masalah ICT

Semakan asas untuk pencetak, Wi-Fi, Microsoft 365, kata laluan, Windows dan projektor, serta bila masalah perlu dirujuk kepada pasukan IT Jabatan.

IT Buddy tidak mengubah konfigurasi, memasang perisian atau memberi capaian pentadbir. Jika penyelesaian memerlukan perkara ini, rujuk pasukan IT melalui saluran rasmi web aduan Jabatan Pendaftar.

Senarai semak penyelesaian masalah

Pilih topik dan tandakan setiap semakan yang sudah dibuat. Berhenti apabila masalah selesai.

Pencetak tidak mencetak

Semak mengikut turutan

Rujuk pasukan ICT jika

  • Pencetak menunjukkan ralat perkakasan yang berterusan.
  • Pemacu (driver) perlu dipasang atau dikemas kini.
  • Pencetak tidak muncul dalam senarai walaupun sambungan baik.
  • Semua pengguna pencetak yang sama terjejas.
0 / 9 selesai

Bila perlu dirujuk kepada pasukan ICT

Ikuti carta ini. Jika ragu-ragu, rujuk.

Staf melaporkan masalah ICTIT Buddy mendengar dan mengenal pasti masalah
Jalankan senarai semak asasPencetak, Wi-Fi, Microsoft 365, kata laluan atau Windows
Adakah masalah selesai?
YaRekod isu ringkas untuk pemantauan, kemudian tamat.
TidakTeruskan ke langkah rujukan di bawah.
Perlukan ubah konfigurasi, pasang perisian, capaian pentadbir, atau melebihi bidang kuasa IT Buddy?
YaJangan teruskan sendiri. Rujuk segera.
Tidak, tetapi masih gagalRujuk juga. Semakan awal sudah dibuat.
Kemukakan aduan melalui saluran sokongan ICT rasmi UTMNyatakan masalah, lokasi dan semakan yang telah dibuat
Pasukan ICT mengambil tindakanIT Buddy memantau status aduan
Adakah aduan sudah diselesaikan?
YaMaklumkan staf dan rekod isu.
BelumBuat susulan dengan pihak berkaitan.
Selesai dan direkodkan
Rujuk serta-merta, tanpa menunggu semakan asas, jika:
  • Anda terklik pautan atau membuka lampiran e-mel yang mencurigakan.
  • Anda syak akaun atau maklumat rasmi telah diakses oleh pihak lain.
  • Peranti hilang atau dicuri.
  • Banyak staf atau sistem penting terjejas serentak.

* Jika langkah diatas tidak dapat diselesaikan boleh terus membuat aduan didalam borang aduan yang disediakan dipaparan menu utama. Terima Kasih

UTM Open Day