BAGAIMANA CARA MEMBUAT ADUAN
Pengaduan yang ingin membuat repot mengenai sesuatu perkara yang agak SULIT hendaklah terus berjumpa dengan Pembantu Keselamatan Unit Tugas Khas untuk tindakan selanjutnya.
Setiap pengaduan hendaklah menulis sendiri repot dan ditulis dengan menggunakan pen dakwat, supaya tidak boleh dipadam, dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-
>> | Tulis nama (seperti dalam kad pengenalan) dengan betul. |
>> | Tulis nombor kad pengenalan selepas nama anda. |
>> | Isikan butir-butir lain dalam borang berkenaan iaitu jantina,umur, keturunan,bangsa, pekerjaan dan tempat tinggal (nombor telefon jika ada) |
>> | Gunakan bahasa yang mudah dan tepat semasa menulis laporan. |
>> | Tulis dengan terang, jelas dan boleh dibaca. |
>> | Tandatangani pengaduan yang ditulis. |
>> | Tulis pengaduan hendaklah dalam Bahasa Melayu dan |
>> | Bahasa Inggeris sahaja (pengaduan dalam bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan). |
PERKARA YANG PERLU ADA DALAM ADUAN
Bila | Nyatakan tarikh dan masa berlakunya kejadian itu. |
Apa | Kes/kejadian yang hendak dilaporkan (misalnya kecurian, pembunuhan dan sebagainya). |
Di mana | Nyatakan tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan dan nombor rumah. |
Siapa | Nyatakan butir-butir orang terlibat atau disyaki sekiranya ada saksi yang melihat dan sebagainya. Adakah mereka dikenali atau tidak. |
Bagaimana | Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku/cara jenayah itu dilakukan. Misalnya bagaimana cara pencuri memasuki rumah. |
Akibat | Kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos). |
MELAPORKAN KEHILANGAN KENDERAAN
>> | Nyatakan tarikh / Masa |
>> | Nyatakan Tempat / Lokasi |
>> | Jenis Kenderaan |
>> | Nombor Kenderaan |
>> | Warna Kenderaan |