Perkampungan Orang Asli,Kg. Putting, Buloh Kasap

Usr

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT BAHAGIAN KESELAMATAN UTM.

Projek di adakan di perkampungan Orang Asli,Kg. Putting, Buloh Kasap iaitu 30 KM dari Bandar Segamat.Tempoh projek dari 30 November -2 Disember 2012.Disertai oleh 60 orang staf dan mahasiswa dari Pejabat Pendaftar khasnya Bahagian Keselamatan, FKA,Transportation Research Alliance,FP,PKU,PIUTM,KTR. Projek termasuk, Bengkel Bot Fiberglas,Bengkel/bina bangku taman Simenfero,pondok bas,Bengkel Bakery, Bengkel motivasi, Bengkel Pengurusan Jenazah Islam, pemeriksaan Kesihatan dan berkhatan.
Kg. Putting ialah sebuah perkampungan Orang Asli terancang mengandungi 179 orang penduduk termasuk Melayu dan Cina. Majoriti kaum Orang Asli. Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Ketua kampung bernama Batin Jamal Teypia. Projek mendapat kerjasama sepenuhnya terutama PTJ di UTM, Kerjaan tempatan di Segamat termasuk agensi persekutuan dan negeri. Pembiayaan projek disokong oleh punca Derma Syarikat perniagaan, kontraktor berurusan di UTM, PTJ di UTM dan individu di UTM dan wakil rakyat Buloh Kasap. Perasmian penutup di laksanakan oleh Y.Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Segamat.

DSC_02700100

Visited 41 times, 1 visit(s) today