Sejarah

Bahagian Keselamatan yang ada pada hari ini adalah dibina atas asas yang sediada, iaitu dari kalangan pengawal-pengawal yang telah berkhidmat sejak institut ini masih dikenali sebagai Maktab Teknik sebelum itu, bertukar kepada Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya dinaikkan taraf ke Universiti Teknologi Malaysia.

Dahulunya pengawal-pengawal adalah sama seperti pengawal-pengawal dibeberapa institut lain, agensi kerajaan atau swasta yang lebih dikenali sebagai “JAGA” atau “WATCHMAN”. Sesuai dengan tarafnya sebagai Institut Pengajian Tinggi dan sejajar dengan apa yang diamalkan oleh IPTA lain maka Universiti Teknologi Malaysia pada masa itu telah mewujudkan satu pasukan pengawal yang dikenali sebagai Unit Keselamatan.

Skim Pangkat dan Perkhidmatan adalah bersesuaian dengan Skim Perkhidmatan Pengawal Keselamatan (JPA SULIT 324/3/4.2 Klt.2(3A), yang mula berkuatkuasa pada 1hb Februari, 1984. Pada masa itu Unit Keselamatan adalah dibawah naungan Urusetia Pentadbiran dan kini bertukar kepada Jabatan Pendaftar. Sebagai sebuah Bahagian beruniform maka ia merupakan satu-satunya bahagian yang telah dipertanggungjawabkan atas segala urusan dan tugas yang bersangkutan dengan aspek keselamatan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Universiti.

Buku Panduan Keselamatan, Bahagian Keselamatan telah diterbitkan bagi memberi info kepada warga Kampus Universiti Teknologi Malaysia berkaitan struktur organisasi Bahagian Keselamatan dan fungsi Utama di dalam Universiti. Bahagian Keselamatan merupakan salah satu Bahagian yang ada di bawah pentadbiran Jabatan Pendaftar. Bahagian Keselamatan merupakan satu-satu Bahagian yang dipertanggungjawab oleh pihak berkuasa Universiti Mengenai Pengurusan Keselamatan Kampus dengan Menguatkuasakan semua Pekeliling/Peraturan seperti berikut:

1. Akta 1971 Universiti Dan Kolej Universiti Dan University Teknologi Malaysia (Disiplin Pelajar) Peraturan 1999
2. Peraturan Larangan Merokok
3. Peraturan Am Keselamatan
4. Pekeliling Peraturan  Lalulintas 1989 Bil 3,Lalulintas Di Dalam Kampus Bil 21 1982, Penangguhan Kuliah Bagi Mengatasi Masalah Kesesakan Lalulintas University Bil 10 2003 Sistem Meletak Kenderaan Luar Pusat Akademik Bil 6 2000
5. Peraturan Keselamatan Kunci/ Penggunaan Bilik/ Ruang Selepas Waktu Pejabat
6. Peraturan Semasa Universiti

Bahagian keselamatan telah diterajui oleh Tuan Amir Hamzah bin Jamil selaku Pengarah keselamatan (NA52), dibantu Tuan Mohd Faizal bin Abd Latib selaku Pegawai Keselamatan Kanan (KP44), Tuan Haji Roselaile bin Samah selaku Penolong Pendaftar Kanan (N44), Tuan Muhammad Afdhal bin Abdul Razak selaku Pegawai Keselamatan (KP41). Mereka ini turut disokong Unit Pentadbiran seramai 11 orang serta 140 Orang Anggota Keselamatan bagi meningkatkan keberkesanan dan kelancaran fungsi dan tugas yang dilaksanakan.

Bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia juga turut mempunyai satu Cawangan Keselamatan di International Campus, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.