Pilih Soalan

Umum
S Dompet saya tercicir/ hilang / di curi apa patut saya lakukan?
J Anda perlu membuat aduan di Bahagian Keselamatan untuk membuat report dan seterusnya anda di nasihatkan agar membuat report di Balai Polis berhampiran. (Pastikan anda hubungi Pihak Bank segera untuk OFF kan sebarang pengeluaran Wang tunai dari akaun anda.

 

S Sekiranya saya ternampak orang mencurigakan di sekitar blok apa perlu saya buat?
J Anda perlu menghubungi Segera Bahagian Keselamatan di talian 07-533 3013 (24 Jam) Pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap seperti berapa ramai, nayatakan ciri-ciri pakaian Suspek, kenal pasti kenderaan yang di gunakan dan catit no.pendaftran kenderaan tersebut, dan pastikan camkan muka untuk kenal pasti suspek sehingga bantuan dari Bhg. Keselamatan tiba untuk mengambil tindakan selanjutnya.

 

S Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Akademik?
J Kawasan Akademik adalah Kawasan Larangan bagi semua kenderaan pelajar pada waktu pejabat ( Ahad – Khamis ) (07:30 – 17:30) meliputi Kawasan Bagunan Pentadbiran dan bagunan-bagunan Fakulti yang berada di dalam Lingkaran Ilmu.(rujuk peta )

 

S Di manakah Kawasan Parkir untuk Kenderaan Pelajar pada Waktu Pejabat?
J

Kawasan Parkir Kenderaan Pelajar yang dibenarkan ialah :a)    Parkir Tasikb)    Parkir P7 (berhadapan P19)c)    Parkir Awam berhadapan P19d)    Parkir Awam berhadapan B12

e)    Parkir Awam dibelakang L50

f)     Parkir-Parkir Awam yang disediakan.

*kecuali parkir untuk Staf .

 

S Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Akademik?
J Kawasan Akademik adalah Kawasan Larangan bagi semua kenderaan pelajar pada waktu pejabat ( Ahad – Khamis ) (07:30 – 17:30) meliputi Kawasan Bagunan Pentadbiran dan bagunan-bagunan Fakulti yang berada di dalam Lingkaran Ilmu.(rujuk peta )
Kad Matrik
S Dimakah lokasi untuk memohon/mengambil kad matrik?
J Sebarang pertanyaan boleh di ajukan terus ke identitycard@utm.my atau boleh terus ke UTM CAMPUS CONNECT HUB di blok F54.

 

S Apakah langkah-langkah memohon kad matrik?
J Anda boleh layari https://registrar.utm.my/security/perkhidmatan-kad-matrik/ untuk Langkah-langkah permohonan

 

S Apa perlu dibuat jika kad matrik rosak atau hilang?
J Anda boleh memohon penggantian kad baru di website ini https://registrar.utm.my/security/perkhidmatan-kad-matrik/ dan isi maklumat dalam google form yang diberi

 

 

 

 

Pelekat Kenderaan

 

S Adakah tahun satu boleh membawa kenderaan dalam kampus?
J Tidak boleh, merujuk pekelilng Pelajar tahun 1 tidak di benarkan membawa kenderaan ke dalam kampus sekiranya di dapati ingkar Bahagian keselamatan akan mengeluarkan saman di bawah akta AUKU.

 

S Berapa jumlah kenderaan yang boleh mahasiswa/di daftarkan?
J Jumlah kenderaan yang layak didaftarkan oleh Mahasiswa/i ialah 1 untuk kereta dan 1 untuk Motosikal sahaja

 

S Berapakah jumlah bayaran untuk Pelekat Kenderaan UTM?
J Jumlah bayaran bagi setiap Pelekat Kenderaan UTM ialah RM5 sahaja

 

S Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bagi setiap permohonan Pelekat Kenderaan UTM?
J

Dokumen yang perlu dilampirkan ialah :

a)      Salinan Lesen Memandu

b)      Salinan Cukai Jalan (Motosikal Sahaja)

c)      Salinan Polisi Insuran

d)      Salinan Sijil Hak Milik

 

Saman

 

S Berapa lama tempoh bayaran saman perlu Dijelaskan?
J Tiada tempoh yang dikenakan bagi Pembayaran Saman

 

S Dimanakah Pembayaran Saman perlu Dilakukan?
J Pembayaran Saman perlu dijelaskan di Pejabat Bendahari. Tetapi anda boleh membuat rayuan kurang harga saman di kaunter Trafik Balai Keselamatan

 

S Bagaimanakah cara untuk membuat Permohonan Rayuan Saman?
J Anda di kehendaki membuat Surat Rayuan serta lampirakn bersama surat saman dan dihantar ke Unit Lalulintas. Sekiranya Kaunter sudah di tutup,Surat tersebut boleh di hantar ke kaunter Pertanyaan Balai Keselamatan (24jam)

 

 

 

Dron

S

Boleh ke terbang dron di dalam kampus?

J

Tidak boleh sekiranya tidak mendapat kebenaran dari pihak keselamatan UTM

 

S

Bagaimana untuk mendapat kebenaran penerbangan dron didalam kampus?

J

Perlu membuat permohonan melalui email ataupun terus ke pejabat bahagian Keselamatan untuk berurusan dengan pegawai bertugas secara langsung.

 

S

Apa dokumen diperlukan untuk membuat permohonan penerbangan dron?

J

1.       Surat permohonan (Tujuan permohonan)

2.       Permit CAAM

3.       Permit JUPEM (Bagi tujuan pemetaan)

4.       Lesen RCOCB

 

Hubungi Kami :
Bahagian Keselamatan
Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia 
81310, Johor Bahru, Johor.

Tel     : +(6)07-533 3013
Email :  securityutm@utm.my

Laman Web  :   https://registrar.utm.my/security
Facebook     :   bahagiankeselamatanutm

WAKTU OPERASI KAUNTER LALULINTAS

Isnin-Ahad
Buka | 0830 am – 0430 pm

Jumaat
Buka | 0830 am – 1230 pm
Tutup | 1230 pm – 0230 pm
Buka | 0230 pm – 0430 pm

Cuti AM | TUTUP

Tel     : +(6)07-533 0532
Email :  trafik-utmjb@utm.my

Visited 66 times, 1 visit(s) today