+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Arahan Semasa

JADUAL PENJUALAN PELEKAT KENDERAAN UTM SESI 2016/2017 KE FAKULTI/PTJ.

Assalamualaikum wm.wbr. dan salam sejahtera.

Merujuk kepada perkara di atas dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Unit Lalulintas, Bahagian Keselamataan akan melaksanakaan jualan pelekat tersebut pada bulan Oktober 2016. Jadual penuh adalah seperti dilampiran yang disertakan.

jadual 

  • Jualan pelekat adalah di ruang umum Pejabat Pentadbiran kecuali dinyatakan selain darinya.

Berkaitan dengan jualan ini juga, pada waktu dan tarikh berkenaan, kaunter Unit Lalulintas di Bahagian Keselamatan tidak beroperasi.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”.

ROSELAILE BIN SAMAH

Bahagian Keselamatan

UTM Johor Bahru.


PENJUALAN PELEKAT KENDERAAN UTM SESI 2016/2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

penjualan pelekat copy

Sukacita dimaklumkan bahawa PELEKAT KENDERAAN UTM SESI 2016/2017 akan dijual kepada warga Universiti mengikut butiran seperti berikut:

  • Tarikh : Mulai 1 September 2016
  • Masa : Ahad – Rabu – 8.30pagi hingga 4.00ptg
  • Khamis – 8.30pagi hingga 3.00 ptg
  • Tempat : Kaunter Unit Lalulintas, Bahagian Keselamatan UTM Johor Bahru.

Inisiatif jualan ke Fakulti/PTJ akan dimaklumkan kemudian.

Sekian dan terima kasih

‘Berkhidmat untuk Negara Kerana Allah’

Yang benar,

ROSELAILE BIN SAMAH

Pejabat Pendaftar

Bahagian Keselamatan

b/p Pendaftar

Samb. 30012.

———————————————————————————————————————————————————————-

RAMAI STAF UTM MASIH BELUM MEMILIKI PELEKAT KENDERAAN UTM

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Berdasarkan kepada operasi penguatkuasaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan berkaitan kenderaan UTM sesi 2013/2014, didapati masih ramai staf UTM yang belum memiliki pelekat kenderaan sesi berkenaan.

Sehubungan itu, adalah dimohon kerjasama semua staf yang masih belum memiliki pelekat kenderaan terkini supaya dapat membelinya di Unit Lalulintas, Bahagian Keselamatan pada hari bekerja seperti butiran berikut;

Ahad – Rabu : jam 8.30 pagi hingga jam 16.30 petang

Khamis : jam 8.30 pagi hingga jam 15.00 petang

* Kaunter juga dibuka seperti biasa pada waktu rehat tengahari

Staf perlu mengisi borang permohonan pelekat kenderaan, PP-KUTM 06A1 Edisi: 2 Pindaan: 0 (warna biru).

Sekian, di atas segala kerjasama yang diberikan, pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih
Md Ajis bin Saman
Penolong Pegawai Tadbir
Bahagian Keselamatan
UTM Johor Bahru
b/p Pengarah Keselamatan

Tel : 07-5530565 Fax : 07-5530432
www.facebook.com/Bkesutm