PENGGUNAAN KAD MATRIK
Selain berfungsi sebagai kad pengenalan diri, kad matrik UTM juga digunakan sebagai:
i. Kad akses warga universiti yang diberikan kebenaran khusus untuk memasuki ruang bilik atau kawasan tertentu.
ii. Penggunaannya juga diperluaskan untuk peminjaman buku di perpustakaan dengan mengimbas bar kod kad matrik.
KATEGORI KAD MATRIK
Kad Matrik merupakan salah satu daripada 5 jenis kad Identiti UTM. Ia terdiri daripada dua kategori:
i. Kad Prihatin Siswa (Kad Debit-i MySiswa)
Setiap mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan dibekalkan dengan kad matrik baru sebagai tanda nama pengenalan semasa berada di dalam kampus. Kad Prihatin Siswa berdasarkan latar belakang gambar pada kad seperti berikut:
Contoh Kad Prihatin Siswa
Kad Prihatin Siswa (KPS) merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, ‘cashless campus’, ‘smart campus’ & mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.
ii. Kad Matrik Staf
Setiap staf yang melapor diri di UTM akan dibekalkan dengan kad matrik sebagai pengenalan diri. Perbezaan kad matrik staf adalah pada latar belakang gambar pada kad seperti berikut:
Contoh Kad Matrik Staf Tetap/ Kontrak
Contoh Kad Matrik Lantikan Post-Doctoral / Lantikan Geran Penyelidikan
KOS PENGGANTIAN KAD MATRIK
Bagi mahasiswa atau staf yang ingin menggantikan kad matrik di atas sebab-sebab kehilangan, kerosakan dan perubahan maklumat, bayaran akan dikenakan seperti berikut:
CARA MOHON KAD MATRIK
Permohonan penggantian kad matrik boleh dibuat dengan hadir ke Bahagian Keselamatan UTM (Unit Kad Matrik) dan buat bayaran di https://payhub.utm.my dengan memilih UTMJB Kad Nama dan Matrik.
Untuk staf langkah 8 dan 9 dikecualikan.
Jika terdapat sebarang masalah berkenaan permohonan boleh hubungi
Unit Kad Matrik
Bahagian Keselamatan Utm Johor Bahru / Utm Security Department,
Jabatan Pendaftar / Department of Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.
e-mail : identitycard@utm.my
No.Tel : 07-5530532