Pada 13.07.2014 lebih kurang jam 11.00pagi Bahagian Keselamatan telah menghantar ke semua Staf Keselamatan yang mana telah di bahagikan ke beberapa kumpulan yang di mana kumpulan pertama terdiri seramai 30 Staf Keselamatan untuk menghadiri Klinik Al-Fatihah di Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM Johor yang di anjurkan oleh Pusat Islam UTM.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengungkap persoalan mengapa tujuh ayat dalam Surah Al-Fatihah ini yang dimana perlu dibaca berulang-ulang sepanjang kehidupan seorang Muslim. Selain itu, membantu Staf Keselamatan mengaplikasikan pembelajaran yang menekankan tentang cara pembacaan sebenar surah Al-Fatihah yang dikongsikan bersama tentang Sejarah Al-Fatihah hinggalah kepada cara bacaan Surah Al-Fatihah dengan betul terang dan nyata dalam kehidupan seharian.
Klinik Al-Fatihah ini juga menerangan mengenai maksud yang terkandung di sebalik kehebatan surah Al-Fatihah ini telah disampaikan dengan baik oleh Ustaz Mohamad Ilyas bin Ismail dan semua Staf Keselamatan begitu tekun dalam mendengarnya.
Di dalam modul ini, Staf Keselamatan akan diajar tentang Hukum Bacaan Al-Fatihah dan kepentingannya. Staf Keselamatan akan diperdengarkan Bacaan Al-Fatihah sebelum diarah untuk mengikut setiap bacaan dengan memastikan tiada percanggahan bacaan atau kesalahan yang jelas.
MISI
1. Memastikan Staf Keselamatan mampu membaca Surah Al-Fatihah dengan baik.
2. Memberi kefahaman Staf Keselamatan berkaitan Makna Surah Al-Fatihah.
3. Mengajar Staf Keselamatan kepentingan Pengajian Bertalaqqi
4. Menghargai ilmu terutama sekali ilmu Al-Quran.
5. Mengajak Staf Keselamatan mencintai Al-Quran.
VISI
Melahirkan Staf Keselamatan yang Mahir Surah Al-Fatihah sebagai penyempurna rukun Solat mereka.
KLINIK AL-FATIHAH
Anjuran : PUSAT ISLAM UTM
MASA : 11.00 PAGI – 1 .00 TENGAHARI