FIFEDRILL copy

Pada 9 Julai 2014, Bahagian Keselamatan telah berjaya mengadakan aktiviti pengungsian bangunan yang melibatkan hampir 50 orang staf meliputi semua unit.

Aktiviti ini selain sebagai latihan kepada staf juga untuk menilai tahap kesediaan anggota keselamatan bila berhadapan dengan situasi genting seperti kebakaran. Latihan kali ini juga menilai keberkesanan anggota lalulintas dalam mengawal lalulintas dan juga anggota ronda untuk kembali ke Balai Pengawal bagi membantu dan mengawal keadaan.

Disamping itu, diadakan juga demonstrasi pemadaman kebakaran dan penggunaan alat pemadam kebakaran (fire extinguisher) bagi memastikan semua warga keselamatan sekurang-kurangnya mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kecemasan.