Pada 26 Jun 2014, Bahagian Keselamatan UTM JB telah mengadakan majlis tahlil bersempena menyambut Ramadan Al-Mubarak di Balai Keselamatan.
Majlis yang dihadiri oleh pegawai dan anggota keselamatan di mulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan tahlil sebelum diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan hasil sumbangan warga Bahagian Keselamatan sendiri.
Pegawai Keselamatan Kanan, Encik Abd Rahim bin Hj Abd Karim dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada urusetia yang berjaya mengadakan majlis dan berharap semoga ukhuwah sesama warga yang telah terjalin baik selama ini akan terus kekal baik. Organisasi yang cemerlang juga adalah kerana warganya sentiasa menjaga hubungan baik sesama mereka.
Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan semoga sama-sama beroleh keberkatan bulan Ramadan yang mulia.