+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

KURSUS LANJUTAN SIASATAN & RISIKAN PEGAWAI KESELAMATAN telah diadakan pada 15-17 April 2014 di Bilik Seminar 3, Pusat Latihan UTM,Johor Bahru.  Kursus Lanjutan Siasatan dan Risikan ini adalah untuk Pegawai & Pengawal Keselamatan IPTA.  Kursus ini adalah lanjutan dari kursus pengenalan asas termasuklah latihan praktikal dan pembentangan kumpulan terhadap kes yang pernah ditangani/dilaksanakan di Bhagaian Keselamatan IPTA.

Objektif di akhir kursus ini peserta berupaya dapat memantapkan kemahiran anggota di dalam aspek pengendalian siasatan mengikut suasana dan keadaan semasa di IPTA.  Di samping itu juga dapat peserta di beri pendedehan kedapa teknik siasatan teori dan praktikal bagi sesuatu kes yang berlaku bagi meningkatkan keberkesanan sebagai pegawai penyiasat bagi mengendalikan sesuatu kes.  Kertas siasatan yang dikendalikan akan diiktiraf oleh pihak berkuasa Universiti dan peserta dapat memahirkan pegawai mengendalikan kes termasuk jenayah dan aspek perundangan yang berkaitan.

Modul 1 – Penyediaan Laporan Maklumat Pertama/ Rakaman Percakapan Saksi/ Suspek/ Keterangan Ringkas Kes

Modul 2 – Penyediaan Rajah Kasar/ Rakaman Foto/ ID Siasatan

Modul 3 – Melabel Barang Kes/ Membungkus Barang Kes/ Daftar Barang Kes

Modul 4 – Penyediaan Minit Mesyuarat dan Ringkasan/ Kesaksian (Summary Evidence)

Modul 5 – Pengurusan Tempat Kejadian (Senario Kes)

Modul 6 – Refleksi & Perbincangan Kumpulan

Modul 7 – Persembahan Kumpulan dan Penutup Kursus

PENCERAMAH : Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Kuala Lumpur

DSC_0144DSC_0057DSC_0045DSC_0065DSC_0200DSC_0206DSC_0211DSC_0224