Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa RAGUT:
1. | Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai. |
2. | Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman. |
3. | Elakkan daripada meletak beg duit atau barang berharga di dalam bakul membeli belah atau di atas kaunter semasa membuat pembayaran. |
4. | Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan. |
5. | Semasa membeli belah di tempat sibuk genggam beg tangan dengan kuat atau sembunyi daripada pandangan. |
6. | Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari di ragut oleh pembonceng motosikal. |
7. | Jangan berasak-asak ketika menaiki/turun daripada bas, kereta api, panggung wayang atau tempat-tempat sesak supaya dapat mengelak diri daripada di ragut. |
8. | Bila menggunakan lif, pastikan ada orang lain bersama anda atau cari orang yang anda biasa/kenali. Jika anda mengesyaki ada orang yang mengekori anda dan anda mencurigai orang tersebut, keluar daripada lif dengan segera. |
9. | Jangan menyimpan beg duit di dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bola sepak, bas atau kereta api. |
10. | Semasa menaiki atau turun daripada kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu sehingga keadaan sudah reda. |
11. | Jangan biarkan orang anda kenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun daripada kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan. |
12. | Jangan simpan duit di satu kocek sahaja, simpanlah dalam kocek yang berasingan. |
13. | Elakkan daripada berjalan sendirian di kawasan sunyi dan jika ada orang yang mencurigai mengekori cuba menuju segera ke tempat yang ada ramai orang. |
14. | Elakkan memakai barang kemas berlebihan termasuk memakaikan anak-anak dengan barang kemas turut akan mengundang kepada jenayah ragut. |
Visited 146 times, 1 visit(s) today