Staf BAru

Pada 21-27 Januari 2013, Bahagian Keselamatan UTM Johor Bahru dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) telah menganjurkan Kursus Asas Pegawai Keselamatan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.

Seramai 43 orang termasuk 2 orang Penolong Pegawai Keselamatan hadir kursus tersebut. Melaui kursus ini  staf  akan diberi penekanan terhadap pengetahuan secara terperinci seperti tugas rondaan, kawalan pintu masuk, kawalan lalulintas dan pengurusan siasatan. Diakhir kursus ini diharap dapat melahirkan staf keselamatan yang berdisiplin dan berintegriti serta mampu melakukan pelbagai tugasan yang diamanahkan.

Secara keseluruhannya, fasilitator sangat berpuashati dengan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta. Setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dengan penglibatan semua peserta. Semoga semangat kerjasama dan dedikasi di sepanjang kursus ini dapat dikekalkan dan dipraktikkan di tempat tugas. Tahniah semua !!