Bahagian Keselamatan menyediakan perkhidmatan papan tanda bagi setiap program (sama ada rasmi atau persendirian) di UTM.
Bagi program rasmi, penganjur hendaklah mengemukakan permohonan ke Bahagian Keselamatan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum program berlangsung. Surat kelulusan daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) hendaklah dikepilkan bersama bagi program anjuran mahasiswa.
Permohonan untuk penyediaan papan tanda hendaklah di majukan sekurang-kurangnya 7 hari bekerja sebelum Majlis/ Program bermula untuk kelulusan. Harga untuk sekeping papan tanda bagi Program /Majlis yang di anjurkan oleh Mahasiswa atau Pihak Luar adalah RM 10.00 sekeping. Bayaran hendaklah di buat di Unit Lalulintas sebelum Program berlangsung dan selepas mendapat kelulusan.