Bahagian Keselamatan yang ada pada hari ini adalah dibina atas asas yang sediada, iaitu dari kalangan pengawal-pengawal yang telah berkhidmat sejak institut ini masih dikenali sebagai Maktab Teknik sebelum itu, bertukar kepada Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya dinaikkan taraf ke Universiti Teknologi Malaysia.

Dahulunya pengawal-pengawal adalah sama seperti pengawal-pengawal dibeberapa institut lain, agensi kerajaan atau swasta yang lebih dikenali sebagai “JAGA” atau “WATCHMAN”. Sesuai dengan tarafnya sebagai Institut Pengajian Tinggi dan sejajar dengan apa yang diamalkan oleh IPTA lain maka Universiti Teknologi Malaysia pada masa itu telah mewujudkan satu pasukan pengawal yang dikenali sebagai Unit Keselamatan.

Skim Pangkat dan Perkhidmatan adalah bersesuaian dengan Skim Perkhidmatan Pengawal Keselamatan (JPA SULIT 324/3/4.2 Klt.2(3A), yang mula berkuatkuasa pada 1hb Februari, 1984. Pada masa itu Unit Keselamatan adalah dibawah naungan Urusetia Pentadbiran dan kini bertukar kepada Jabatan Pendaftar. Sebagai sebuah Bahagian beruniform maka ia merupakan satu-satunya bahagian yang telah dipertanggungjawabkan atas segala urusan dan tugas yang bersangkutan dengan aspek keselamatan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Universiti.

Buku Panduan Keselamatan, Bahagian Keselamatan telah diterbitkan bagi memberi info kepada warga Kampus Universiti Teknologi Malaysia berkaitan struktur organisasi Bahagian Keselamatan dan fungsi Utama di dalam Universiti. Bahagian Keselamatan merupakan salah satu Bahagian yang ada di bawah pentadbiran Jabatan Pendaftar. Bahagian Keselamatan merupakan satu-satu Bahagian yang dipertanggungjawab oleh pihak berkuasa Universiti Mengenai Pengurusan Keselamatan Kampus dengan Menguatkuasakan semua Pekeliling/Peraturan seperti berikut:

1. Akta 1971 Universiti Dan Kolej Universiti Dan University Teknologi Malaysia (Disiplin Pelajar) Peraturan 1999
2. Peraturan Larangan Merokok
3. Peraturan Am Keselamatan
4. Pekeliling Peraturan  Lalulintas 1989 Bil 3,Lalulintas Di Dalam Kampus Bil 21 1982, Penangguhan Kuliah Bagi Mengatasi Masalah Kesesakan Lalulintas University Bil 10 2003 Sistem Meletak Kenderaan Luar Pusat Akademik Bil 6 2000
5. Peraturan Keselamatan Kunci/ Penggunaan Bilik/ Ruang Selepas Waktu Pejabat
6. Peraturan Semasa Universiti

Bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia juga turut mempunyai satu Cawangan Keselamatan di International Campus, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kenali Mantan Pengarah Keselamatan

Prof. Madya. Dr. Beni Widarman bin Yus Kelana
Tuan Mohd Faizal bin Abd Latib
Tuan Amir Hamzah bin Jamil
Tuan Haji Abdul Rahim bin Karim
Tuan Halim bin Adam

Hubungi Kami :
Bahagian Keselamatan
Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia 
81310, Johor Bahru, Johor.

Tel     : +(6)07-533 3013
Email :  securityutm@utm.my

Laman Web  :   https://registrar.utm.my/security
Facebook     :   bahagiankeselamatanutm

WAKTU OPERASI KAUNTER LALULINTAS

Isnin-Ahad
Buka | 0830 am – 0430 pm

Jumaat
Buka | 0830 am – 1230 pm
Tutup | 1230 pm – 0230 pm
Buka | 0230 pm – 0430 pm

Cuti AM | TUTUP

Tel     : +(6)07-553 0532
Email :  trafik-utmjb@utm.my

Visited 96 times, 1 visit(s) today