Pada 1 Julai 2012 yang lalu pintu masuk ke Universiti Teknologi Malaysia kedua melalui Lebuh Raya Senai Johor Bahru telah di buka 24 jam kepada lalu lintas. Akses melalui laluan kedua terutamanya ini bagi kegunaan perhubungan ke kawasan akademik baru yang mengandungi Fakulti Biosains & Biokejuruteraan, Fakulti Tamadun Islam, Perpustakaan Raja Zarith Sofia ,Fakulti Sains, Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia,Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Stadium dan Kolam Renang.
Laluan ini juga boleh menghubungkan pusat akademik sedia ada berhampiran Kompleks Sukan. Dengan pembukaan pintu masuk baru Lebuh Raya Senai Johor Bahru ini menjadikan 4 laluan masuk Universiti iaitu pintu masuk Utama bersebelahan Pejabat Harta Bina, laluan Taman Sri Pulai, laluan berhampiran Padang Kawad dan Lebuh Raya Senai Johor Bahru