Rabu 19 Jun 2019,
Bahagian Keselamatan telah menganjurkan kursus bertajuk ‘Minda Ok Semua OK’ bertempat di Dewan Kolej Tun Hussin Onn (KTHO), UTM Johor Bahru. Lebih kurang seramai 50 orang anggota dan staf Bahagian Keselamatan pelbagai pangkat telah mengikuti kursus tersebut. Antara tujuan kursus ini diadakan ialah bagi melahirkan staf berprestasi tinggi, kompeten dan berketrampilan. Ceramah yang diadakan secara dua sesi ini, pagi dan petang telah disampaikan oleh En. Mohamed Sham Bin Hj. Md. Hamzah, penceramah berpengalaman dari luar Universiti. Antara pengisian yang di kursus tersebut adalah seperti berikut:-
- Mengadakan ujian-ujian seperti ujian sikap dan stress.
- Teknik hilangkan stress dalam masa 5 minit.
- Transformasi sikap dari negatif ke positif.
- Melahirkan perasaan seronok untuk hidup dan bekerja.
- Merawat masalah trauma, phobia dengan teknik ‘TBE’
- Memperkenalkan teknik hypnosis dalam kehidupan serta kerjaya.
- Panduan penyembuhan penyakit mengikut kaedah sunah dan semulajadi
- Mengesan dan mengajar menangani masalah gangguan kaedah rukyah.
Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, staf Bahagian Keselamatan dapat mengambil manfaat sebaiknya bagi mengwujudkan anggota Bahagian Keselamatan yang kompeten dan produktif. Panduan – panduan yang disampaikan boleh membantu anggota menjalankan kehidupan harian dan bertugas dengan sebaik yang mungkin.