Warning: Use of undefined constant ‘1’ - assumed '‘1’' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /opt/www/vhosts/registrar.utm.my/httpdocs/wp-content/plugins/easy-visitor-counter/index.php on line 215
PENUTUP KURSUS ORIENTASI STAF BARU BAHAGIAN KESELAMATAN UTM SIRI 1/2018 | Bahagian Keselamatan Divi

MAJLIS PENUTUP KURSUS INDUKSI DALAMAN BAHAGIAN KESELAMATAN 
21 JANUARI 2018 HINGGA 8 FEBRUARI2018

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Yang berusaha Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tn Hj Roselaile B. Samah Penolong Pendaftar Kanan, Tn. Mohd Faizal Abd Latib Pegawai Keselamatan Kanan, Dr. Beni Widarman B. Yus Kelana Pegawai Keselamatan Kanan, Tn Hj Zainal Abidin Hassan Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Tn. Azahar Mat Salleh Penolong Pegawai Keselamatan merangkap Ketua Urusetia Kursus, Tn Afiq Lokman Penolong Pegawai Keselamatan, Pembantu2 Keselamatan Kanan, Ketua2 Pengawal, Peserta-Peserta kursus serta Staf Bahagian Keselamatan dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya jua dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh bermakna ini sempena Majlis Penutupan Kursus Orientasi Staf Baru Bahagian Keselamatan UTM Siri 1/2018. Adapun tujuan kursus yang diadakan  bagi memantapkan ilmu pengetahuan serta kekuatan mental selain bertujuan memenuhi salah satu syarat dalam laluan kerjaya Tuan2 dan Puan2. Terlebih dahulu, ucapan sekalung tahniah dan terima kasih kepada barisan urusetia dan jurulatih di atas kesungguhan dalam mencurahkan ilmu dan pengorbanan masa tanpa tiada kalimah berputus asa dalam memastikan perjalanan kursus ini dapat dilaksanakan hingga akhir dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua peserta kursus yang berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan dalam memenuhi semua aktiviti dan kelas seperti yang dijadualkan hinggalah akhirnya pada hari ini. Mari kita beri tepukan untuk kita semua.

Kursus dan latihan merupakan sebahagian daripada liku-liku dalam kerjaya yang mesti ditempuhi seseorang dalam memenuhi tuntutan hidup sama ada berkhidmat dalam organisasi mahupun bekerja sendiri. Perkara ini penting dalam memastikan segala tindakan dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan memenuhi tuntutan serta kehendak majikan seperti di dalam syarat perkhidmatan yang dipersetujui bersama ketika mula ditawarkan kerja sebelum ini. Selain itu ia juga dijadikan garis panduan agar hasil kerja yang dilakukan memenuhi spesifikasi dan prosedur kerja berkaitan termasuk keselamatan pekerja itu sendiri. Kursus orientasi staf baharu yang baharu sahaja selesai merupakan program wajib yang perlu dihadiri oleh mana-mana staf keselamatan yang baru dilantik. Ia telah dirangka khas merangkumi semua bidang tugas yang ada di dalam organisasi Bahagian Keselamatan iaitu Kawalan Am, Rondaan, Lalulintas, Risikan dan Siasatan. Ia dilaksanakan secara teori dan praktikal di setiap unit bertujuan memperkenalkan  tentang asas tugasan serta operasi unit berkaitan selain mengenali Ketua2 yang bertanggungjawab di Unit2 tersebut

Tuan2 dan Puan2 seharusnya berasa bertuah kerana dapat menjalani kursus ini bagi memudahkan Tuan2 dan Puan2 menyesuaikan dengan budaya kerja organisasi beruniform seperti Bahagian Keselamatan. Ini kerana Bahagian Keselamatan ini merupakan organisasi unik yang satu2nya PTJ yang ditubuhkan oleh Universiti bagi memastikan keselamatan kampus sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni selama 24 jam sehari. Justeru pihak pengurusan Bahagian Keselamatan yang diamanahkan memikul tugas berat ini perlu merancang dan merangka pelbagai latihan dan kursus bersesuaian dalam memenuhi amanah dan sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan universiti. Sebagai staf baru, Tuan2 dan Puan2 harus berterima kasih di atas perancangan yang telah dibuat bagi memastikan setiap amanah tugas yang diberikan dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin selain mengharapkan ganjaran amal dari Allah Subhana Wataala.

Alhamdulillah sepanjang kursus yang dijalankan saya mendapat maklumbalas yang positif daripada jurulatih dan urusetia yang sekalipun terdapat juga staf yang perlu diberi perhatian lebih namun saya percaya masih banyak masa untuk Tuan2 dan Puan2 mendalami ilmu2 berkaitan tugasan serta ilmu2 lain yang tidak kurang pentingnya  lebih2 lagi kita berada di universiti di antara yang tersohor di negara kita dan juga di peringkat antarabangsa. Dengan demikian gunakanlah peluang berkhidmat di universiti ini amnya serta Bahagian Keselamatan khususnya dengan menyumbangkan khidmat bakti terbaik berlandaskan rasa tanggungjawab dan integriti yang tinggi di setiap tugasan yang diberikan. Bagi anggota yang bakal ditempatkan di tugas kawalan pintu atau mana2 unit nanti, bertugaslah dengan penuh amanah sekalipun kita mungkin melalui pelbagai cabaran seperti diherdik atau dihina sama ada oleh warga kampus mahupun pelawat namun atas nama  tugas yang murni ini InsyaAllah kita akan sentiasa diberikan kekuatan serta ganjaran setimpal di mana habuannya bakal kita rasai di dunia mahupun di akhirat kelak. Saya yakin dan percaya kepada semua peserta kursus mampu menggalas tugas yang bakal dilaksanakan sungguhpun kursus ini pada asalnya dijadualkan selama sebulan namun disingkatkan kepada lebih kurang 3 minggu atas sebab tugasan yang semakin mendesak selain kekangan tugas lebih masa yang terpaksa dilaksanakan oleh anggota lain buat masa sekarang bagi menampung masalah kekurangan anggota.

Untuk pengetahuan semua kita sekarang masih lagi sibuk dengan pengisian penilaian prestasi anggota yang merangkumi kompetensi, (pembangunan prestasi berterusan) CPD serta khidmat tugasan luar yang telah dilaksanakan staf pada tahun 2017 yang lepas. Penilaian prestasi ini adalah sebagai pengukuran terhadap keberkesanan tugasan yang disempurnakan seseorang staf berdasarkan skop tugas yang diberikan. Selain itu elemen pengukuran lain yang digunakan dalam menyumbang kepada pemarkahan setiap individu juga disandarkan dengan beberapa faktor yang mempengaruhi sumbangan seseorang terhadap tugas yang dilaksanakan seperti bertugas tidak mengikut SOP, kekerapan cuti sakit, kehadiran lewat, mengetip kad perakam staf lain, meninggalkan tempat tugas tanpa kebenaran, rehat melebihi masa yang ditetapkan dan sebagainya. Walau bagaimanapun di sudut yang positif seperti terlibat dalam program anjuran jabatan seperti 5S, ISO, AJK Badan Kebajikan dan lain-lain lagi turut dipertimbangkan bagi meningkatkan lagi pemarkahan dalam penilaian prestasi setiap anggota.

Cabaran dan ancaman keselamatan yang berlaku dalam kampus kian meruncing sejak akhir-akhir ini seperti kes pecah masuk bilik, pejabat, kafe, kehilangan kenderaan dan peralatan, dadah, masalah sosial dan sebagainya. Punca dan sebab kejadian telahpun dikenalpasti dan sedang disiasat. Selain itu tindakan juga telah diambil terhadap suspek manakala staf yang dikenalpasti salah satu punca terhadap kes yang berlaku turut berhadapan dengan tindakan tatatertib hingga ditamatkan perkhidmatan. Pelanggaran SOP kerja serta kecuaian dan tidak atau kurang menujukkan kesungguhan selain mengambil kesempatan terhadap urusan peribadi sehingga membelakangkan tugas hakiki di antara beberapa sebab seseorang anggota itu diambil tindakan di atas. Tujuan saya utarakan perkara ini bukan untuk menakutkan Tuan2 dan Puan2 tetapi sebagai peringatan agar kita bersama-sama berkhidmat dengan penuh kejujuran dan amanah serta berintegriti bagi mengelakkan daripada terjerumus dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti saya nyatakan tadi. Sayangilah kerja kita kerana mungkin kita tidak dapat lagi merasainya jika setelah kita tidak lagi dapat berkhidmat atas sebab dan sikap negatif kita sendiri. Contohilah perbuatan dan nasihat yang baik sama ada daripada pegawai mahupun ketua masing2 agar kita sentiasa dan terus diperlukan dalam perkhidmatan yang kita telah ceburi sekarang ini.

Mutakhir ini penggunaan gadget seperti smart phone kian popular di kalangan rakyat Malaysia termasuk kita semua di Bahagian Keselamatan. Tidak dinafikan banyak manfaat diperolehi hasil ledakan teknologi maklumat ini kepada kita namun terdapat juga penyalahgunaan perkhidmatan ini yang mendatangkan keburukan kepada seseorang mahupun organisasi. Message2 yang tidak dapat dipastikan kesahihannya begitu mudah diviralkan hingga dianggap betul dan pastinya ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Justeru saya berpesan berhati2 dengan penggunaan media sosial melalui laman sesawang yang popular seperti whatsapp, facebook, instagram dan sebagainya bagi mengelakkan kita diberkas oleh pihak berkuasa dan akhirnya mengorbankan jawatan yang kita ada sekarang ini. Selain itu saya nasihatkan janganlah sesekali menggunakan medium tersebut bagi melontarkan masalah peribadi dan fitnah yang berkait dengan organisasi hingga memperlihatkan organisasi yang kita sayangi ini dianggap bermasalah dan tidak lagi mendapat kepercayaan pihak universiti, warga kampus serta pelawat luar. Ibarat mutiara kata “berfikir sebelum bertindak, dan bertindak seperti orang yang berfikir”

Akhir sekali saya mendoakan kepada semua anggota baru supaya bekerja dengan penuh semangat dengan kesiap siagaan agar organisasi kita dipandang tinggi dan mencapai sasaran dan hasrat yang ditetapkan pihak pengurusan universiti seterusnya memenuhi keperluan dan kepuasan warga kampus serta pelawat yang berkunjung ke kampus kita ini. Kepada barisan urusetia dan jurulatih jutaan terima kasih saya ucapkan  di atas komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi moga Allah memberikan ganjaran setimpal kepada Tuan2 dan Puan2 semua.

Saya mengambil kesempatan memohon maaf di atas sebarang keterlanjuran kata yang menyinggung perasaan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Yang baik hanyalah milik Allah dan kekurangan itu dari saya selaku manusia biasa.

Saya akhiri ucapan saya ini dengan sepotong hadis dan serangkap pantun :

Hadis Nabi Muhammad SAW Riwayat Muslim

‘Barangsiapa Yang Menempuh Jalan
Untuk Mendalami Ilmu,
Maka Allah Akan Mempermudahkan Baginya
Satu Jalan ke Syurga’
Pesta Konvo Pelajar bergraduan
Anggota sibuk mengawal jalan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Akhirat kelak menjadi bekalan

Dengan lafaz Bismillahirihmanirohim saya merasmikan Majlis Penutup Kursus Orientasi Staf Baru Siri 1/2018.
Sekian, Wabillahituafik Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Terima kasih.

Dengan lafaz ‘BISMILLAHIROHMANIROHIM’ saya merasmikan ‘Penutupan Kursus Kompetensi Bahagian Keselamatan UTM 2017′.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh
Sekian, terima kasih.

Pengarah Keselamatan
Bahagian Keselamatan
UTM Johor