+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

LATIHAN KEBAKARAN DI BANGUNAN MENARA RAZAK UTM KUALA LUMPUR

DSC_0184

Satu latihan kebakaran telah diadakan di Menara Razak pada pagi (Khamis) 02.06.2016 Jam 1000H. Di mana Loceng kecemasan telah di bunyikan serta di tambah dengan pengumuman oleh Ketua Insiden untuk mengosongkan bangunan Menara Razak. Ketua setiap Aras Menara Razak telah mengarahkan semua penghuni untuk turun ke bawah melalui pintu kecemasan dan berkumpul di kawasan tempat berkumpul bagi menyelamatkan diri.

Sebanyak 7 buah Kenderaan Bomba yang terlibat daripada Balai Bomba Jalan Jelatik, Balai Bomba Hang Tuah, dan Balai Bomba Setapak telah hadir sekitar jam 1005H untuk memadamkan kebakaran yang di laporkan di aras 5 dan aras 16. 1 kali Ambulance dari Pusat Kesihatan UTMKL dan Pegawai Bahagian Keselamatan UTMKL, Ketua Pengawal, Unit Traffic bersama Unit Tugas Khas, Pegawai OSHE, Profeser-profeser, Doctor-doctor dan para staf turut serta dalam menjayakan latihan kebakaran tersebut. Seramai 28 orang ERT (Emergency Response Team) iaitu pasukan mencari dan penyelamat dari Bangunan Menara Razak terlibat dalam misi tersebut.

Lokasi kebakaran dan kecerderaan mangsa telah di kesan di aras 5 dan aras 16 di mana seorang mangsa telah tercedera dibahagian kepala dan tangan serta 1 orang lagi mangsa telah mengalami melecur teruk di bahagian muka dan seluruh tangan. Pasukan Mencari dan Penyelamat Bomba bersama dengan para medic telah membawa mangsa-mangsa turun dan memberi rawatan awal sebelum menghantarnya ke Hospital berdekatan.

Latihan Kebakaran selesai sekitar jam 1230H dengan demostrasi pemadaman api daripada pihak Bomba dan di ikuti oleh para staf yang ingin mencuba untuk memadamkan api serta Pelajar Antarabangsa yang mana penglibatan mereka dapat memeriahkan lagi suasana dalam latihan kebakaran tersebut. Mesyuarat serta majlis penyampaian cendera hati daripada Pihak Pengurusan Menara Razak dan rumusan tentang latihan tersebut turut di adakan setelah selesai Latihan Kebakaran di Menara Razak.

DSC_0078

DSC_0090

DSC_0150

DSC_0102

DSC_0129

DSC_0117

DSC_0118

DSC_0154

DSC_0168

DSC_0172

DSC_0169

DSC_0191