+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

kes ularPada 11.01.2015 (Ahad), lebih kurang jam 08:30 pagi semasa pengadu sedang membuat rondaan , Zon Chalie , pengadu di panggil oleh seorang pekerja Pembersihan di Taman Rusa. beliau memaklumkan terdapat seekor ular sawa. pengadu ke lokasi tersebut dan membuat semakan , bila pengadu tiba di Taman Rusa terdapat seekor Ular Sawa yang besar. Beliau terus memaklumkan Kapada Ketua Pengawal Bertugas KP Samirin Selamat untuk tindakan selanjutnya.

Bertindak daripada laporan tersebut ,Unit Siasatan Bahagian Keselamatan UTM Johor, telah memaklumkan kejadian kepada Pengarah Keselamatan dan Penolong Pegawai Keselamatan dan diarahkan untuk membuat siasatan. KPW Haminah Che Long Dan KP Md. Rashid bin Musa serta Penolong Pegawai Keselamatan En.Mohd Firdaus bin Wahyudin ke tempat kejadian,tiba di tempat kejadian mendapati seekor ular sawa berada di pangkal sebatang pokok berhampiran pagar sebelah kanan, dalam keadaan kekenyangan yang di percayai telah memakan seekor rusa. Pada jam 09:00 pagi KP Md Rashid menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan memaklumkan perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya.Lebih kurang jam 09:15 pagi ,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, seramai 4 orang anggota terdiri dari 2 anggota lelaki dan 2 anggota perempuan yang di ketuai oleh En.Noor Mohd Sufian telah tiba di tempat kejadian dan memulakan kerja-kerja penangkapan ular tersebut dan di bantu oleh anggota keselamatan.Operasi penangkapan selesailebih kurang jam 10:00 pagi dan ular tersebut telah di bawa oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan menaiki kenderaan jabatan tersebut.