+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

DSC_0356

Kota Tinggi, 6 Disember 2014.

Pihak Pejabat Pendaftar telah mengadakan program khidmat masyarakat di Kampung Desa Mahkota, Kota Tinggi pada 5 Disember – 6 Disember 2014 yang lepas. Program ini telah di urusetiakan oleh Bahagian Keselamatan dengan diketuai oleh Pengarah Keselamatan, En. Halim bin Adam.

Selama dua hari berkenaan dua projek pemindahan teknologi telah dilaksanakan iaitu Projek Simenfero dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Projek masakan Pastri dengan kerjasama Fakulti Pendidikan. Selain dari projek tersebut turut diadakan program Berkhatan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti, aktiviti Gotong Royong membersih kawasan Masjid serta Sekolah Agama Kampung Desa Mahkota, program bengkel Pengurusan Jenazah dan ceramah agama dengan kerjasama Pusat Islam UTM dan bengkel Pendidikan dengan kerjasama Mahasiswa Kolej Perdana UTM. Sambutan komuniti yang menyertai program ini amat memberansangkan khasnya projek pemindahan teknologi dan bengkel pendidikan.

Yang Berhormat ADUN Pasir Raja, Datuk Dr. Adham bin Baba telah hadir merasmikan majlis penutup program khidmat masyarakat ini pada 6 Disember 2014. Semasa majlis berkenaan beliau amat berbangga dengan program yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendaftar UTM dan berharap penduduk kampung dapat memanfaatkan aktiviti yang telah diadakan untuk pembangunan komuniti masing-masing. Selain dari Kampung Desa Mahkota, program turut disertai oleh komuniti Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, Felda Sungai Sayong dan Felda Pasir Raja. Seramai hampir 230 orang ahli komuniti tersebut mengikuti aktiviti bengkel dan gotong royong. Dipihak UTM penyertaan seramai 75 orang staf serta mahasiswa turut memeriahkan program.

Berhubung pembiayaan kos program, menurut En. Halim bin Adam hampir RM14,000.00 telah dapat dikumpulkan dari sumbangan pihak syarikat kontraktor dan perniagaan yang berurusan di UTM. Turut menyumbang termasuk beberapa PTJ di UTM dan tidak ketinggalan pihak Yang Berhormat Datuk Dr. Adham bin Baba. Semua sumbangan ini digunakan untuk menampung perbelanjaan pembelian bahan mentah projek, makanan, minuman dan bahan api.