Pada 26 Mei 2014, UTM telah melangsungkan hari Konvokesyen yang ke-52 . Dalam suasana kesibukan dalam meraikan majlis tersebut, seorang staf iaitu En Abd Hamid bin Abd Rahman dari Pejabat Harta Bina yang mengayuh basikal melalui jalan Ihsan telah tercicir wangsaku yang bernilai RM2900. Atas kejujuran dua angggota pengawal keselamatan UTM yang bertugas di simpang jalan Ihsan yang menjumpai wang tersebut, wang tersebut dikembalikan kepada pemiliknya.
ABDUL JAMIL BIN JUM’AH ,seorang pengawal keselamatan yang dilantik pada bulan Februari 2004 yang berasal dari Mersing, bertugas di simpang pertama jalan Ihsan telah terlihat wang tercicir sebanyak RM1400 ringgit dan mengejar staf berkenaan hingga ke Pejabat Pos UTM dan memulangkan semula wang tersebut.
Manakala seorang lagi pengawal , SELAMAT BIN SULAIMAN seorang pengawal kontrak yang dilantik pada 4 Februari 2004 berasal dari Johor, yang bertugas di simpang kedua jalan Ihsan telah menemui wang tercicir kali kedua bernilai RM1500 ringgit dan mengutip serta member semula kepada staf terbabit.
Kejujuran yang ditonjolkan oleh kedua-dua pengawal yang bertugas diharap dapat menjadi contoh untuk semua staf dalam sesebuah organisasi bagi memastikan keharmonian sesebuah institusi.