+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

bersara

Satu majlis ringkas bagi menghargai perkhidmatan Encik Rosle Long, Pengawal Keselamatan Kanan (KUP)sempena persaraan beliau  telah diadakan pada 9 Julai 2013. Beliau bersara wajib pada 10 Julai 2013 setelah berkhidmat selama 28 tahun.

Sepanjang perkhidmatan, beliau adalah seorang staf yang komited terhadap tugas, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama rakan sejawat. Beliau juga sentiasa memberikan kerjasama kepada segala program dan aktiviti yang diadakan di Bahagian Keselamatan.

Pada majlis tersebut, Pengarah Keselamatan telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan. Didoakan Encik Rosle sentiasa sihat selepas bersara dan berjaya dalam segala yang dirancangkan. Selamat bersara!