+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

fb merokok copy

 

LARANGAN MEROKOK DI DALAM KAWASAN KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pejabat Pendaftar (JEP) Bil.5/2011 telah bersetuju untuk mengeluarkan semula arahan bagi larangan merokok di seluruh kawasan kampus UTM. Pekeliling berkaitan larangan  merokok dalam kampus adalah seperti yang telah diedar dan dinyatakan di dalam Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.2/1989 bertarikh 22 Februari 1989 dan PEkekliling Pentadbiran UTM Bil.16/1989 bertarikh 22 Ogos 1998.

Larangan ini adalah sebagai mematuhi Peruntukan Undang-undang PU(A) 166-167 Peraturan-peraturan Kawalan HAsil Tembakau (Pindaan) 1997 dan Akta Makanan 1983 bertarikh 20 Mac 1997 yang telah mewartakan semua Institut Pengajian Tinggi sebagai Kawasan LArangan Merokok.

Sehubungan dengan itu, diingatkan kepada seluruh warga UTM agar dapat mematuhi arahan larangan merokok ini agar imej Universiti sebagai sebuah kampus yang menekankan budaya gaya hidup sihat dan lestari sentiasa terpelihara dan dihormati. Oleh demikian, di pohon kerjasama semua pihak untuk memberi perhatian berkenaan perkara ini dan bersama-sama menyokong hasrat murni ini.