+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Tabik Hormat

Pada hari Jumaat 7 Jun 2013 yang lalu, merupakan hari terakhir Y.Bhg. Dato Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang bertugas sebagai naib Canselor UTM.  Tamat perkhidmatan beliau sebagai Naib Cancelor ini adalah kerana telah di lantik sebagai Ketua Setiausaha (ii) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebagai penghargaan dan salam hormat terakhir, pihak Bahagaian Keselamatan turut mengiringi kenderaan rasmi beliau dengan Kawalan Kehormatan perpisahan dan iringan pasukan berbasikal serta berkuda sehingga ke pintu Utama UTM.

Pihak Keselamatan UTM turut berbangga dan mengucaokan tahniah di atas perlantikan Y.Bhg. Dato Seri sebagaiorang kuat Kementerian Pendidikan. Dengan Visi dan Misi yang Jitu serta pengalaman yang ada pada Dato Seri, kami percaya Dato Seri berupaya memartabatkan pendidikan tinggi di Malaysia selari dengan wawasan beliau untuk mengangkasakan Pengajian Tinggi.

Selamat bertugas Y.Bhg. Dato Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.