+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pada 30 Disember 2012 Bahagian Keselamatan UTM Johor Baru telah mengadakan Kejohanan La-Liga Futsal Bahagian Keselamatan (tertutup) 2012, dan seramai 99 orang Staf Keselamatan telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini diadakan untuk mencungkil bakat baru serta dapat memupuk semangat berpasukan dikalangan Staf Keselamatan. Majlis penutup dan juga penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan, En.Halim bin Adam serta diiringi oleh Pengerusi Badan Kerohanian, En.Shahwalludin bin Ghazali.