PELANCARAN PAKAIAN SERAGAM OPERASI BARU (LORENG DIGITAL) BAHAGIAN KESELAMATAN UTM
SEJARAH PAKAIAN SERAGAM
Pakaian Seragam Keselamatan mula dipakai oleh anggota Unit Keselamatan sejak 1 Februari 1984. Pada ketika itu baju adalah berwarna kelabu sementara seluar berwarna biru gelap. Kemudian pada tahun 2004, ia mula bertukar kepada pakaian seragam biru gelap yang dilihat lebih kemas setanding dengan pakaian seragam PDRM. Manakala pada tahun 2019, pakaian seragam Bahagian Keselamatan sekali lagi ditambahbaik seiring dengan perkembangan semasa yang lebih lasak, lebih kemas dan bercorak digital bercirikan rekabentuk terkini.
BERET – bewarna maroon (merah pulasan) bersempena warna korporat UTM melambangkan kepentingan sikap dan kematangan bangsa Melayu dan sifat perwatakan semulajadi sesuatu bangsa
FORMASI LOGO- Lambang Bhg Keselamatan
AKSESORI – bewarna perak melalui adaptasi serta penambahbaikan aksesori uniform ATM & PDRM
TAG NAMA-Vicro
PANGKAT- Emas mengikut warna korporat UTM melambangkan tahap atau standard yang tinggi dan nilai-nilai mulia
TBATON-Alat Pertahankan diri
CELORENG DIGITAL- melambangkan trend terkini pakaian uniform seluruh dunia
Warna Biru menunjukkan semangat kerja berpasukan
KASUT OPERASI- bewarna hitam melambangkan prihatin, setia dan cekal menghadapi sebarang dugaan
Pengenalan
Pakaian seragam operasi baru (loreng digital) yang bercirikan rekabentuk terkini dan tahan lasak berbanding pakaian operasi sebelum ini. Selain itu, ia adalah seiring dengan keperluan semasa staf Bahagian Keselamatan yang semakin mencabar khususnya ketika bertugas di waktu malam.
Pakaian baru ini akan digunakan oleh staf Bahagian Keselamatan khusus di waktu shif ketiga iaitu jam 2330H hingga 0730H
Pakaian Seragam operasi baru (Loreng digital) di gunakan semasa minggu mesra mahasiswa (pendaftaran pelajar baru), Majlis konvokesyen dan mengikut keperluan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.
Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Naib Canselor UTM bagi bulan November 2019 telah diadakan pada 20 November 2019, bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Lintas langsung majlis turut ditayangkan di Dewan Azman Hashim UTM Kuala Lumpur.
Photos by: Halid Jamaluddin