28.4.2019 telah berlansung Sesi Perkongsian dan Kupasan Buku Naib Canselor di Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar. Sesi ini dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pembahagian mengikut tajuk iaitu Bab 1 Idealisme dan Impak Sebuah Universiti untuk kumpulan 1, Bab 2 Meraikan Kejayaan 2018 untuk kumpulan 2, Bab 3 Merangka Strategi dan Inisiatif 2019 untuk Kumpulan 3 dan Bab 4 Pendidikan Tinggi Berpaksikan Kemanusiaan untuk Kumpulan 4.
Kumpulan 1 diketuai oleh En. Amir Hamzah bin Jamil dan ahli kumpulannya ialah Pn. Bessek Tanawali binti Hj Kalle Mangadji, Pn. Sarimah binti Pungot, Pn. Suzziana binti Johari dan En. Mohd Razif bin Abu Bakar. Kumpulan 2 diketuai oleh Pn. Norazlina binti Md. Zain, ahli kumpulanya ialah Pn. Zanariah binti Abd. Kadir, Pn. Syazwani binti Ahmad Radzi, Pn. Habibah binti Amat Tairi (Tidak Hadir) dan En. Mohd. Khidir bin Khalid. Kumpulan 3 diketuai oleh En. Mohamad Redha bin Md Dali manakala ahli kumpulannya ialah En. Mariam binti Edon, Pn. Maznah binti Lateh, Cik Noor Amalina binti Abu Bakar, Pn. Noor Hidayah Binti Md Zein dan En. Zainal bin Isnin. Kumpulan 4 diketuai oleh En. Mohd Nor Faizal bin Jamaluddin manakala ahli kumpulannya ialah Pn. Nur Athirah binti Che Jama’udin, Pn. Malini binti Shukri, Pn. Siti Aznira binti Zainal dan En. Shahrizan bin Haris.
Diharap dengan Sesi Perkongsian dan Kupasan Buku Naib Canselor ini, staf dapat mengetahui visi Universiti untuk menjadi sebuah institusi akademik dan penyelidikan utama dunia, cemerlang dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Manakala misi universiti ialah menjadi peneraju dalam pembangunan bakat holistik dan teknologi berinovasi untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.