2 Mei 2019, Lawatan pelajar UiTM Segamat mengenai penyelidikan sistem Klasifikasi dan Pengkodan Rekod di UTM JB. Pelajar ini mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod. Tujuan penyelidikan adalah untuk mengetahui tentang sistem klasifikasi dan pemfailan dalam sesebuah organisasi. Maklumat yang diperlukan adalah sistem klasifikasi rekod yang digunakan, sistem pengkodan yang digunakan, penseliaan fail, pengemaskinian fail dan penjagaan fail.