14 April 2019 – Staf Jabatan Pendaftar telah mengagihkan makanan percuma untuk 100 orang pelajar sebagai tanda keprihatinan ikhlas kepada pelajar-pelajar UTM semalam.

Objektif utama program adalah untuk sama-sama membantu dan memperluaskan sifat kasih sayang antara staf dengan pelajar.

Program tersebut berjaya dilaksanakan adalah hasil daripada sumbangan staf di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar secara khususnya.