Pada 24.09.2018 (Isnin) bertempat di War Room 1, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah diadakan perbincangan berkenaan pembahagian tugas dan carta perbatuan bagi Projek Bursa Perjawatan. Objektif Projek adalah bagi memudahkan kemaskini pengisian jawatan kosong staf PPP di UTM. Projek ini adalah lanjutan daripada Sesi Dialog TN50 bersama Ketua Setiausaha Negara.