+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my
Select Page

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti berperanan mengesah, memperakui keputusan dasar, hala tuju, memantau prestasi dan membuat keputusan penting berkaitan Universiti Teknologi Malaysia

Lembaga Pengarah Universiti

Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (LPU) adalah pihak berkuasa tertinggi Universiti yang dilantik oleh Menteri sebagai badan yang mengelola, membuat dasar, dan mengawasi hal-hal berkaitan tadbir urus Universiti secara keseluruhannya. LPU adalah pemegang kuasa legislatif atau perundangan yang boleh bertindak untuk menyemak dan menyeimbangkan (check and balance) kuasa-kuasa pihak berkuasa Universiti yang lain.

Urus Setia Untuk Dihubungi

En. Mohd. Fathi bin Sarman (07-5530424)

Pn. Azlyna binti Yunus (07-5530431)

En. Muhamad Talhah bin Baharam (07-5530439)

FUNGSI DAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA

Perkara-perkara yang memerlukan kelulusan

  • Dasar dan Polisi Universiti
  • Peraturan Akademik, Pentadbiran dan Perkhidmatan
  • Kursus atau Program Pengajian Baru
  • Penamatan atau penangguhan sesuatu program akademik
  • Penubuhan atau peningkatan taraf Unit, Bahagian, Fakulti, Pusat Kecemerlangan
  • Sistem Saraan Malaysia, Skim Perkhidmatan Dan Pelarasan Gaji
  • Program Kerjasama Dengan Pihak Luar
  • Semua Urusan Bagi Jawatan Kursi (Profesor Gred Khas C, B dan A) Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan
  • Rayuan Hukuman Tatatertib Staf Universiti
  • Perkara yang dikemukan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah
  • Laporan Tahunan Universiti
  • Sumbangan Kewangan, Hadiah atau Bantuan kepada Universiti
  • Permohonan Universiti untuk memiliki ekuiti, saham, debentur, bon, tanggungan dan sekuriti pihak luar
  • Permohonan Syarikat Universiti
  • Perkara berkaitan Universiti yang akan dikemukan untuk pertimbangan Jemaah Menteri
  • Menerima pakai pekeliling dan surat pekeliling kerajaan
  • Penganugerahan Ijazah
  • Pinjaman wang daripada atau kepada pihak luar
  • Penubuhan syarikat-syarikat Universiti
  • Memorandum Persefahaman dengan pihak luar
  • Pengwujudan Anugerah-Anugerah Universiti
  • Perkara yang diarahkan oleh Pengerusi dan Pihak Pengurusan Universiti

 

Perkara-perkara yang perlu dimaklumkan

  • Keputusan Mesyuarat Senat
  • Laporan Kemajuan Syarikat Universiti
  • Perancangan dan Pencapaian Sasaran Kerja
  • Laporan Perkembangan Semasa
  • Laporan Kemajuan Pusat-Pusat Kecemerlangan Universiti
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilih
  • Laporan Perkembangan Kampus Cawangan dan Perkara yang diarahkan oleh Naib Canselor, Senat dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti