Unit Pengurusan Modal Insan (HCM) adalah dalah satu unit dalam Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur. Unit ini memainkan peranan penting dalam urusan berkaitan perkhidmatan personal staf meliputi pelbagai aspek. Antara fungsi dan aktiviti HCM ialah:-
HCM (PERKHIDMATAN)
FUNGSI
1. Merancang dan memastikan segala urusan berkaitan personel staf dilaksanakan dengan teratur.
2. Menguruskan semua urusan berkaitan personel staf sepanjang tempoh perkhidmatan di Universiti.
3. Merekod dan memastikan segala perubahan perkhidmatan staf direkod dalam buku perkhidmatan staf dengan teratur.
4. Memastikan perkhidmatan yang cepat, mesra dan tepat.
AKTIVITI PERSONEL UTAMA
1. Menguruskan Urusan Lapor Diri Staf
2. Menguruskan Gaji dan Emolumen
3. Menguruskan Buku Kenyataan Rekod Perkhidmatan staf, rekod maklumat staf di UTMHR dan HRMIS
4. Menguruskan Pengisytiharan Harta staf
5. Menguruskan Pengesahan / Pelanjutan tempoh Percubaan staf
6. Menguruskan Taraf Pekerja berpencen / KWSP / KWAP staf
7. Menguruskan dan mengendalikan pergerakan gaji dan anjakan gaji.
8. Menguruskan Penanggungan dan Pemangkuan staf
9. Menguruskan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
10. Menguruskan Penamatan Perkhidmatan dan Persaraan staf
11. Menguruskan Ganjaran dalam Perkhidmatan.
12. Menguruskan Cuti Tanpa gaji, Cuti Menjaga Anak dan Cuti Sakit Lanjutan staf.
13. Menguruskan Cuti Rehat, Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain Cuti.
AKTIVITI PERSONEL YANG LAIN
1. Menguruskan Akuan Perkhidmatan staf
2. Menguruskan Perakuan Pinjaman Perumahan / Kenderaan / Komputer
3. Menguruskan urusan Tambang Percuma dan Mengunjungi Wilayah Asal
4. Menguruskan bayaran Bonus
5. Menguruskan Bayaran Ganjaran Cuti Rehat
6. Menguruskan Elaun Pakaian Istiadat dan Pakaian Panas
7. Menguruskan Permohonan Jawatan staf ke luar universiti
8. Menguruskan Permohonan Kenaikan Pangkat staf
9. Mengendalikan Peperiksaan Perkhidmatan staf
10. Menguruskan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang staf universiti
11. Menguruskan Pinjaman / Pertukaran / Perpindahan staf