Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu, saya amat mengalu-alukan kehadiran pengunjung yang sudi mengunjungi Laman Web Bahagian Pendaftar Kuala Lumpur (BPKL).

Selaras dengan era pembangunan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat, laman web ini diwujudkan sebagai salah satu medium untuk kami terus mendekati para pelanggan dengan lebih cepat dan efektif.

Menerusi laman web ini, para pengunjung boleh memperoleh pelbagai maklumat dan informasi berkaitan pengurusan sumber manusia antaranya ialah fungsi dan peranan BPKL, iklan kekosongan jawatan, pekeliling-pekeliling terkini, perubatan, latihan, perangkaan staf dan sebagainya.

Dikesempatan ini juga, saya berbesar hati mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif daripada para pengunjung bagi memantapkan lagi fungsi laman web ini sesuai dengan perkembangan semasa agar terus kekal relevan sebagai medium penyebaran maklumat utama kami.

Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para pengunjung laman web BPKL. Semoga laman web ini terus menjadi sumber rujukan yang berguna dan berinformasi kepada para pengunjung.

Sekian, terima kasih.

ENCIK ZURIK AZAHAM BIN ARIS
Ketua Bahagian, Bahagian Pendaftar Kuala Lumpur