UTMKL Services beroperasi secara rasmi pada 21 Mac 2022 di Aras 2, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. Perkhidmatan – perkhidmatan yang disediakan di UTMKL Services termasuklah Visa dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kewangan, Pengurusan Akademik, Studio Kad Identiti dan Pusat Mel UTMKL. UTMKL Services merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang telah disatukan perkhidmatan kaunternya bagi menambah baik sistem penyampaian sedia ada untuk memberi kemudahan kepada pelanggan secara terus.