+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penilaian Prestasi Staf Secara Atas Talian (Online) Tahun 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Penilaian Prestasi Staf UTM bagi Tahun 2015 akan dilaksanakan melalui sistem dan jadual berikut:-

  1. a) e-LPPT– Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Akademik.
  2. b) e-LNPT 360° – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan  Pengurusan & Profesional (Gred 41 hingga Gred 54).
  3. c) e-LNPT– Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan Pelaksana Gred 40 dan ke bawah (termasuk jawatan Tutor Gred DA41).

TARIKH TINDAKAN
1 Oktober 2015

hingga

30 Oktober 2015

Mengenalpasti klasifikasi Pegawai Yang Dinilai (PYD)/Pegawai Penilai oleh Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Pusat Tanggungjawab (PTJ)

 

1 November 2015

hingga

30 November 2015

Pemakluman pelantikan Pegawai Penilai dan klasifikasi kepada PYD/PPP/PPK (termasuk urusan pindaan klasifikasi)
1 Disember 2015

hingga

31 Disember 2015

Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan pengisian  pencapaian  kerja sebenar tahun 2015 (Sasaran Kerja Tahunan (SKT)/Key Amal Indicator (KAI) secara online oleh PYD
 

1 Januari 2016

hingga

14 Januari 2016

 

a)   Pengesahan maklumat penerbitan oleh Perpustakaan dan webometrik oleh Pejabat HalEhwal Korporat (Unit Pembangunan Web) (eLPPT).

b)   Penilaian dan pengisian markah 360° oleh Pegawai Penilai Rakan Sekerja (PPR) dan Pegawai Penilai Subordinat (PPS)(eLNPT 360°)

15 Januari 2016

hingga

4 Februari 2016

 

a) Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP)

b)  Pemakluman markah oleh PPP kepada PYD

 

5 Februari 2016

hingga

11 Februari 2016

a) Pengesahan/rayuan/pembetulan markah oleh PYD

b) Semakan status penilaian PPP oleh PSM PTJ.

 

12 Februari 2016

hingga

3 Mac 2016

 

Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK)

 

4 Mac 2016

hingga

10 Mac 2016

 

Semakan status penilaian PYD, PPP, PPR dan PPS oleh PSM PTJ

 

 

Mac 2016

 

 

a) Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) PTJ

b) Penyediaan dan penghantaran maklumat untuk PPSM Universiti

Mac/April 2016 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Universiti

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi keseragaman tempoh penyelesaian proses keputusan markah bagi memudahkan beberapa urusan penting seperti kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat, temuduga, pengesahan jawatan dan sebagainya.

Sila ambil perhatian bahawa semua staf tidak dikecualikan e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT  termasuk juga bagi staf yang telah berada di tahap mata gaji maksimum dan sebagainya. Kegagalan staf mengisi borang dan menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) boleh dikenakan tindakan.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 21/2015