+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penambahbaikan Polisi & Kriteria Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM

Bagi mengekalkan Ranking Universiti di peringkat global di samping mengekalkan kesinambungan status Universiti Penyelidikan dalam MyRA 2, adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.78 telah bersetuju meluluskan cadangan penambahbaikan polisi dan kriteria kenaikan pangkat staf akademik UTM. Pemakaian syarat-syarat dan kriteria yang baru ini akan berkuatkuasa pada 1 November 2014 tertakluk kepada pembangunan penambahbaikan sistem yang baharu.
 
Sehubungan dengan itu, semua staf akademik hendaklah mengambil maklum syarat-syarat dan kriteria tersebut sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya. Panduan lengkap mengenai syarat dan kriteria kenaikan pangkat staf akademik versi terkini boleh dirujuk di laman web Pejabat Pendaftar di https://registrar.utm.my/hcm/publication/polisi-dasar/.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 24/2014